Thursday, November 12, 2015

Perubatan Homeopathy









Perubatan Homeopathy diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann. Homeopathy berasal dari Jerman, juga merupakan tempat kelahiran Hahnemann. 

Kekecewaan Hahnemann dalam bidang perubatan yang diamalkannya sebelum ini menyebabkannya ingin mencari satu sistem perubatan yang lebih sesuai dan seraksi dengan tubuh manusia. Hahnemann tidak putus-putus mejalankan penyiasatan dalam bidang kimia dan telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia (chemistry)

Pada tahun 1790, semasa menterjemah kitab Materia Medica Cullen dalam siri kedua yang mempunyai kira-kira 20 muka surat beliau berjumpa maklumat berkenaan dengan kulit peruvian iaitu kulit yang didapati di dalamnya terdapat ubat kuinin (quinin) yang berasal dari Peru, Amerika Latin. Beliau berfikir dan membuat pemerhatian seterusnya mendapat pengetahuan tentang undang-undang seraksi ini. Hahnemann terkejut tentang bukti bagaimana seraksinya di antara gejala yang dibuat oleh kuinin dengan demam kura-kura (malaria) dan dapat mengembalikannya dalam keadaan sihat. 

Melalui pembuktian ini, Hahnemann merasakan bahawa ini adalah satu ilmu baru  bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai seperti undang-undang tabi’i lain. Seperti di dalam Hadith Azzubab yang masyhur diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya “Apabila lalat jatuh ke dalam bejana kamu hendaklah membenamkannya, kerana pada salah satu sayapnyaada racun dan lagi satu sayapnya ada penawar”. Maksud hadis ini secara tersirat adalah sangat bertepatan dengan bahasa undang-undang seraksi atau similium. 

Kemudian, Hahnemann mula membuat penyiasatan tentang kerja-kerja dan khasiat-khasiat sesuatu ubat, dengan membuat pembuktian (proving) kepada dirinya dahulu, kemudian kepada kawan-kawannya yang lain. Pembuktian ini kepada orang yang sihat sahaja. Hahnemann telah merekodkan dan mengumpulkan gejala-gejala yang betul didapati daripada pembuktian itu. Kemudian dicubakannya pula kepada orang yang betul-betul sakit dengan memilih penawar yang seraksi dengan gejala pesakit tadi. 

Perubatan Homeopathy lebih menekankan kepada membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit tersebut. Di samping itu memberikan rawatan holistik iaitu tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya.

Ubat Homeopathy tidak mengandungi bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar yang menjadikan ia selamat diambil oleh semua golongan.

Prinsip Asas Homeopathy

1. Prinsip Seraksi (Law of Similar)

Cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang mempunyai khasiat yang serupa dengan gejala orang sakit itu. Jadi homeopathy adalah cara memberikan ubat kepada pesakit yang mempunyai gejala yang sesuai dan seraksi dengan gejala orang yang sakit itu.

2. Prinsip Penawar Tunggal (Law of Single Remedy)

Homeopathy memberikan pesakit hanya sejenis penawar sahaja iaitu penawar yang mempunyai persamaan yang terhampir dengan tanda-tanda yang dimenifestasikan  oleh pesakit.

3. Prinsip Dos Minimum (Law of Minimum Dose)

Semakin halus dos penawar Homeopathy di dalam rawatan penyakit akiut semakin sedikit dan singkat bentannya di jam-jam pertama. Hahnemann dapati dengan penggunaan penawar Homeopathy pada dos yang kecil ini selamat tanpa ada kesan sampingan.

4. Prinsip arah Kesembuhan (Law of direction of Cure)

Prinsip arah kesembuhan ini ditemui oleh Dr. Constantine Hering lalu dinamakan Hukum Hering:

i.          Dari atas ke bawah.
ii.         Dari tengah ke tepi.
iii.        Dari keadaan semasa ke keadaan asalnya.
iv.        Dari organ penting ke organ kurang penting/ berbalik dari arah
            asal datangnya.



No comments:

Post a Comment