Tuesday, November 03, 2015

Peranan IKS membangunkan ekonomi Malaysia








1.0 Pendahuluan

Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi di Melaka. Lebih penting, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini. Secara umumnya, IKS di Melaka membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing malah mewujudkan pembahagian pendapatan yang lebih baik.

IKS adalah firma yang mempunyai pekerja yang kurang daripada 75 orang. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum terdapat lagi maksud yang seragam dan bersifat universal yang boleh diterima oleh semua organisasi dalam mentakrifkan maksud sebenar IKS. Industri Kecil dan Sederhana merujuk kepada perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. IKS sebagai kilang atau firma yang mempunyai pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 200 orang.

Salah satu kawasan bagi industri kecil dan sederhana yang telah diwujudkan di Melaka ialah Taman Industri Kecil dan Sederhana di Bukit Katil. Taman IKS ini telah mula dibina pada tahun 1996 yang mana pembangunan dimulakan dengan pembinaan dua baris rumah kedai. Tujuan Taman IKS ini diwujudkan bagi menempatkan satu penempatan khusus dan teratur untuk perniagaan dan industri ringan. Kawasan ini adalah salah satu tempat yang strategik untuk membangunkan industri kecil dan sederhana. Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja menempatkan perusahaan IKS sahaja di penempatan perniagaan ini, tetapi secara tidak langsung juga terdapat jenis-jenis perniagaan lain seperti perkhidmatan andaman, kedai menjual aksesori kereta, gerai makan dan sebagainya. Antara perusahaan IKS yang terlibat dalam kawasan ini ialah pengiklanan, pembungkusan dan pemasaran makanan ringan dan perkhidamatan membaiki, mengetuk dan mengecat kereta.

Bagi kajian lapangan, kawasan kajian adalah di Taman Industri Kecil dan Sederhana Bukit Baru.


2.0 Latar Belkang IKS di Melaka

Taman IKS tersebut diwujudkan antaranya adalah untuk mewujudkan satu tempat perniagaan kepada masyarakat khasnya penduduk setempat dan penduduk Melaka amnya. Oleh yang demikian, mereka bukan sahaja dapat membaiki aktiviti perniagaan mereka agar lebih sistematik, malah dapat meningkatkan lagi kadar pendapatan mereka. Hal ini demikian kerana pelbagai kemudahan telah diperuntukan kepada mereka.

Antara kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu pengusaha IKS ini ialah lesen premis dan lesen perniagaan yang boleh didapati daripada pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah seperti lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, Lesen Import Bagi Barang Dagangan Yang Dikawal Di Bawah Perintah Kastam, Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), Gudang Pengilangan Berlesen, Lesen Pengilang dan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kerajaan juga menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. Antara geran dan insentif yang disediakan untuk pengusaha IKS ialah Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kemajuan, Bandar dan Wilayah (KPLB) Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Antara kemudahan lain ialah tawaran pinjaman, daripada Bank komersial seperti Agro Bank, SME Bank dan sebagainya. Antara lain ialah, Syarikat kewangan skim khas Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.

Selain itu, para usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan  mengenai IKS yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain.  Antaranya ialah, panel penasihat pakar EKS (SEAP), infrastruktur, skim khidmat pakar perunding MARA, bahagian pembangunan  infrastruktur  perniagaan (bpi), seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana, UKM Pakar Runding Sdn Bhd, khidmat perundingan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dan Persatuan IKS Malaysia.

Selain daripada itu juga, penubuhan taman IKS juga bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat khususnya remaja dan orang dewasa amnya.  Pengurangan kadar pengangguran ini telah membawa kesan dalam peningkatan kualiti hidup, memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan juga mewujudkan pelbagai jenis peluang perniagaan. Dalam sektor pelancongan pula, taman ini boleh juga dimasukkan dalam pakej pelancongan di Bukit Baru khasnya dan juga di Melaka amnya. Sebagai sokongan kepada penububuhan IKS, taman-taman perumahan juga ditubuhkan. Hal ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk untuk menceburkan diri dalam perniagaan, malahan mereka juga dapat bekerja dekat dengan rumah. Hal ini bermakna membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah dan ibu-ibu tunggal yang ingin bekerja namun terbatas kerana mempunyai anak, atau yang kurang berkemampuan untuk bekerja di tempat yang jauh.

Kewujudan IKS menyebabkan munculnya peluang-peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor. Hal ini sering diperkatakan kerana ia mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar. Oleh itu, secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS.

Satu perkara yang sering diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Ini kerana IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding firma-firma besar. Ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS.

Dianggarkan bahawa jumlah kapital untuk setiap orang pekerja bagi IKS mempunyai lebih kurang 14 hingga 50 peratus lebih rendah berbanding dengan industri bersaiz besar. Keseluruhannya, dalam semua bancian dan penyelidikan yang telah dijalankan didapati bahawa semakin besar saiz sesebuah industri, semakin tinggi penggunaan kapital atau modal.

Apabila IKS menggunakan jumlah modal yang jauh lebih rendah berbanding dengan firma besar, jumlah dan bilangan pekerja secara langsung lebih ramai bagi setiap ringgit yang dilaburkan.  Kelebihan dalam kaedah pengeluaran ini ialah mereka dapat mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya bersaing dengan firma-firma lain di pasaran terbuka.

Kegiatan IKS baik secara langsung mahupun tidak langsung dapat membantu meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi negara.  Dalam kebanyakan operasi industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan dan modal datangnya daripada pemilik sendiri.  Terdapat juga modal yang disumbangkan oleh ahli keluarga, saudara-mara atau kawan di samping rakan perniagaan mereka. Kajian menunjukkan bahawa lebih 70 peratus daripada sumber kewangan dalam IKS berpunca daripada pemilik atau pengusaha masing-masing.

Ini jelas menunjukkan bahawa IKS menjadi sumber utama kepada jumlah tabungan dan simpanan negara. Jika jumlah modal dan sumber kewangan tersebur tidak dilaburkan dan digunakan dalam IKS, berkemungkinan besar ia akan digunakan untuk perbelanjaan keperluan yang lain. Justeru itu, penubuhan dan kegiatan industri kecil dari segi ekonomi meggalakkan kadar simpanan dan tabung ekonomi.

Peranan IKS sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat membina latihan dan pengetahuan yang berguna mengenai selok-belok operasi perniagaan dan bergantung hidup kepada perniagaan tersebut. Peluang pekerjaan dalam IKS ini sudah tentu dapat memberi dan menyediakan latihan dan kemahiran yang berguna kepada diri mereka sendiri di samping pekerja terlibat.

Selain itu, sebahagian besar pengusaha dan pekerja dalam IKS mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Tahap pendidikan yang rendah ini jelas jika dibandingkan dengan para pengurus dan pekerja di dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain.

Majoriti hanya memiliki kelulusan peringkat Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan adanya taraf kelulusan sedemikian pada mereka, sukar sekali bagi mereka mendapatkan gaji yang tinggi dan lumayan sebagai pengurus, pentadbir, akauntan, jurutera dan lain-lain di sektor awam mahupun swasta. Dengan taraf kelulusan formal yang rendah juga amat sukar bagi mereka mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan dalam firma besar dan syarikat antarabangsa.  Bagaimanapun, pengusaha dan pekerja seperti ini dapat berkecimpung dalam IKS.

Justeru itu, melalui penyertaan dalam IKS, mereka bukan sahaja mendapat latihan, tetapi juga dapat meningkatkan pengalaman latihan dan kemahiran tersebut. Latihan dan kemahiran yang dapat diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-satu bidang operasi.

Melalui temu ramah yang telah kami lakukan, ramai penduduk yang mengadu akan kelemahan hasil daripada pembangunan projek IKS ini.  Antaranya ialah:

1) Akibat daripada pembangunan projek ini, pokok-pokok telah ditebang bagi mendirikan premis perniagaan dan keadaan di sana menjadi lebih panas akibat kekurangan pokok-pokok besar yang dahulunya tegak berdiri menyamankan alam sekeliling kawasan itu.

2) Selain itu, pencemaran juga sering berlaku seperti pencemaran bunyi yang datang daripada beberapa perniagaan yang dijalankan di situ.

3) Di samping itu, kemalangan jalan raya turut kerap berlaku di situ kerana pembangunan IKS di situ telah mengubah jalan raya di kawasan itu menjadi jalan utama.

Selepas selesai mengkaji latar belakang Taman IKS di Bukit Katil, didapati kewujudan IKS memberi peluang kepada semua kaum terutamanya kaum melayu untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan, ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di situ. Tambahan pula, IKS mengenakan kadar sewa yang murah kepada penyewa berbanding di tempat lain. Ini mengurangkan lagi beban para peniaga secara kecil kecilan. Dengan adanya Taman IKS tersebut, tempat itu dapat dimajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di situ. Justeru itu, peranan IKS amat besar dalam membantu penduduk luar bandar untuk meningkatkan ekonomi mereka. Apabila disebut mengenai membantu meningkatkan ekonomi, ianya bukan sahaja terhad kepada masyarakat untuk menceburi sesuatu bidang, malahan individu-individu yang menyertai IKS dapat memberikan peluang pekerjaan kepada orang lain di sekitar kawasan tersebut. Selain itu, bantuan prasarana dan kemudahan yang lengkap sedikit sebanyak dapat membantu meraka untuk berdaya saing bagi mempertingkatkan produk mereka supaya ianya dapat berkembang dan secara tidak langsung menjana ekonomi setempat dan juga negara.

Kebanyakan individu di bawah IKS diberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana untuk membangunkan ekonomi diri masing-masing dengan cara mengusahakan perniagaan kecil- kecilan seperti industri makanan, kraftangan dan pelbagai lagi. Sememangnya, peranan dan tujuan utama IKS adalah membantu masyarakat luar bandar khususnya dan masyarakat bandar amnya untuk membangun dan mempertingkatkan ekonomi masing – masing.

Dalam perlaksanaan program pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di tempat pemantauan kami ini, kami telah mendapat tahu pelbagai jenis permasalahan yang wujud di tempat ini. Pelbagai faktor telah dapat kami selongkar dan kami juga telah membincangkan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah ini antara ahli kumpulan serta antara peniaga kecil ini bagi mengurangkan masalah mereka.

Antara masalah yang paling menjadi perhatian semua orang di kawasan ini ialah kekurangan  tenaga mahir. Kekurangan tenaga mahir pada setiap pengusaha-pengusaha di kawasan ini secara tidak langsung memberi implikasi besar ke atas kelicinan perjalanan Industri Kecil Dan Sederhana. Pekerja-pekerja di kawasan IKS ini juga tidak mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing. Justeru dapat kita lihat di sini bahawa pencapaian program pembangunan IKS di kawasan ini perlahan mengikut masa.

Tambahan pula, masalah yang sering dikaitkan dengan industri ini serta secara tidak langsung membabitkan pengusaha di kawasan ini ialah pelanggan kurang yakin terhadap mereka. Hal ini berkemungkinan besar merujuk terhadap mentaliti masyarakat negara ini, di mana mereka lebih memandang kearah peniaga serta pengusaha swasta yang mempunyai keuntungan yang  berlipat kali ganda yakni purata keuntungan yang meraka perolehi ialah lebih daripada satu juta setahun berbanding dengan peniaga di bawah industri ini di mana purata pulangan mereka ialah kurang daripada satu juta setahun. Tambahan pula, masyarakat negara ini juga turut beranggapan bahawa produk serta hasil kerja mahupun perkhidmatan yang disampikan oleh peniaga serta pengusaha industri ini tidak memenuhi kehendak mereka.

Hal ini berkemungkinan berlaku oleh sebab mereka memandang rendah terhadap sebilangan besar pekerja yang terlibat dalam industri ini tidak mempunyai pengalaman serta cetek ilmu terhadap ape yang mereka lakukan.

Dalam pada itu, sepertimana yang telah disebutkan dalam perenggan di atas, pencapaian pendidikan dan pengetahuan para pengusaha IKS pada tahap yang rendah ini juga secara tidak langsung memberi implikasi besar keatas kelicinan perjalanan IKS. Hampir kebanyakan mereka memiliki pencapaian pendidikan yang rendah dan ini mengehadkan kemampuan mereka untuk membuat promosi jualan mahupun pengiklanan. Justeru, dengan timbulnya masalah ini, menyebabkan pasaran bagi barangan industri menjadi terhad di pasaran.

Masalah kekurangan modal dan kesukaran mendapatkan pinjaman juga menjadi punca utama kegagalan IKS berkembang. Antara punca yang dikenal pasti adalah ketiadaan cagaran untuk meminjam serta sistem pengurusan IKS sedia ada yang tidak teratur bagi meyakinkan pihak pemimjam untuk menyalurkan bantuan.
           
Sungguhpun demikian, terdapat juga masalah sosioekonomi dan alam sekitar yang wujud kesan pembangunan IKS di kawasan ini. Antara masalah yang di hadapi oleh penduduk serta pengusaha di kawasan itu ialah kesesakan lalu lintas. Hal ini kerana, dengan adanya kawasan pembangunan IKS di kawasan ini, kadar kenderaan lalu di kawasan ini terus meningkat dari semasa ke semasa. Justeru, kesesakan lalu lintas akan terus menjadi masalah terhadap penduduk di kawasan tersebut. Malah, dengan kesesakan yang sering membelenggu penduduk di kawasan ini, masalah lain turut terseret dek masalah lain. Masalah ini ialah kemalangan jalan raya. Masalah ini sering terjadi di tempat ini.

Masalah ini terjadi kerana kawasan ini terletak berhampiran laluan utama untuk menghala ke bandar. Malah kenderaan yang lalu di jalan tersebut dalam keadaan berkelajuan tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau ada nyawa yang hilang dek berpunca dengan permasalahan ini.

Sungguhpun demikian, wujud juga masalah alam sekitar di tempat ini. Pokok –pokok telah ditebang untuk pembangunan di kawasan ini. Justeru, penduduk di kawasan ini telah mengatakan bahawa tempat mereka mengalami kepanasan global. Dalam pada itu juga, pendatang asing sering kali memenuhi kawasan tersebut. Justeru, penduduk di kawasan tersebut berhadapan dengan kes-kes jenayah seperti rompakan, rogol, kecurian serta kes pecah masuk rumah.

Justeru, pelbagai langkah penyelesaian harus dilakukan bagi menjayakan program Industri Kecil Dan Sederhana. Program ini dilaksanakan selaras dengan objektifnya yang murni yakni mewujudkan penempatan perniagaan setempat. Oleh itu, kita seharusnya perbaiki dan cari penyelesaian bagi menjayakan hasrat murni kerajaan ini dalam membantu penglibatan masyarakat setempat dalam perniagaan.

Antara jalan penyelesaian yang para pengusaha dan para peniaga boleh lakukan bagi membasmi masalah ini ialah dengan mencari alternatif lain bagi mencari dan menarik keyakinan oleh para pelanggan. Hal ini mereka boleh lalukan dengan mengkaji serta menjadikan syarikat-syarikat besar mahupun swasta yang mampu berdiri kukuh dan pesat membangun sebagai model untuk mereka turut berjaya bersama-sama.

Dalam menyelesaikan masalah kurang pekerja berpengalaman serta kurang mahir, pihak atasan boleh memberikan program insentif seperti program latihan berkenaan dengan kemahiran pekerja tersebut. Tambahan pula, pihak atasan juga harus mengambil pekerja yang berkemahiran di samping memberikan elaun kepada pekerja tersebut bagi menarik minat mereka dalam membantu menjayakan program IKS di tempat ini.

IKS juga harus mempelbagaikan keluaran dan tidak hanya bergantung penuh terhadap keluaran makanan serta industri kraftangan sahaja. Mereka boleh melibatkan diri dalam penglibatan pembengkelan. Penglibatan dalam pembengkelan seperti bengkel baiki kereta, bengkel baiki motosikal serta bengkel baiki mesin juga mendapat permintaan oleh pengguna sekarang kerana pengeluaran kereta di Malaysia menunjukkan pertambahan yang mendadak. Justeru, penduduk kawasan ini khususnya serta rakyat Malaysia amnya sudah tentu memerlukan bengkel-bengkel berkenaan di tempat mereka supaya mereka tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Akhir sekali, masalah Industri Kecil dan Sederhana ini tidak boleh diselesaikan dalam sehari memandangkan masalah serta jalan penyelesaian ini memerlukan masa untuk menampakkan perubahan positif. Justeru, kita sebagai pengguna haruslah menukar mentaliti kita bahawa industri yang membangun ini mampu bergerak seiring dengan pembangunan Malaysia.

2.2 Senarai IKS Di Kawasan Melaka

Gambarajah di bawah menunjukkan antara senarai IKS yang terdapat di kawasan Melaka.


3.0 Kesimpulan

Daripada maklumat yang diperolehi dalam kajian, didapati perusahaan perindustrian kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Bukit Katil Dun Bukit Baru boleh dikategorikan sebagai maju. Ini berlaku kerana Kampung Bukit Katil adalah sebuah desa yang ekonominya maju disebabkan faktor utama iaitu perindustrian kecil dan sederhana yang dibangunkan di sini yang memberi sumbangan dalam jumlah pendapatan yang memberangsangkan kepada penduduk setempat.

Pelbagai strategi perlu dibentuk bagi mengurangkan dan mengelakkan permasalahan yang timbul menjadi lebih kritikal. Ianya bertujuan untuk dijadikan asas panduan dan melaksanakan pembangunan sosial yang merangkumi segala aspek bagi memenuhi kehendak dan keperluan penduduk setempat. Selari dengan itu, pelbagai inisiatif telah direncana bagi mencapai kemajuan pada masa akan datang.

Antara cadangan yang telah dirancang ialah mewujudkan pusat pengangkutan bersepadu (Integrated Transport Centre) yang berpotensi dapat meningkatkan kadar migrasi masuk kerana akses yang lebih baik dengan kawasan sekitar dan menyenangkan pengguna luar dan setempat  khususnya. Selain itu juga, kemasukan pekerjaan sementara pada waktu pembinaan dijalankan dan peningkatan tawaran pekerjaan kepada penduduk untuk bekerja di terminal.

Mewujudkan pusat pasaran IKS seperti pusat membeli-belah di kawasan pinggir bandar. Ini berpotensi dalam perubahan sektor ekonomi tempatan dan pertambah baik kurang bergantungan terhadap sektor pertanian semata-mata. Ia juga dapat meningkatkan isipadu lalulintas di kawasan sekitar pusat membeli-belah dengan kedatangan pelancong asing mahupun tempatan.

Selain itu juga, keperluan naik taraf hierarki kawasan agar menyediakan kemudahan dan sokongan serba lengkap merupakan perkara utama yang perlu diberi tumpuan. Khususnya pembangunan infrastruktur dan awam yang lebih efisien juga perlu disediakan bagi kegunaan penduduk sekitar dan pelancong. Dengan adanya kemudahan lengkap perniagaan berskala lebih tinggi dapat mewujudkan lebih banyak aktiviti perniagaan dan perkhidmatan seperti perusahaan IKS pada masa akan datang.

Cadangan seterusnya ialah menambah baik laluan keretapi Tampin-Bukit Baru. Ia mempunyai potensi yang cerah kerana dapat membawa muatan kargo yang lebih banyak dan sekali gus dapat memudahkan IKS memperkembangkan perusahaan di luar kawasan, contohnya ke Tumpat, Kelantan dan kelebihannya terhadap rangkaian jalan akan bertambah baik dan tidak sesak dengan kenderaan berat di jalan raya.

Cadangan pembinaan lebuh raya menunjukkan perancangan yang baik untuk kepentingan rancangan tempatan khususnya penduduk tempatan kerana ianya membuka dan menghubungkan kawasan pusat bandar dengan pembangunan di sekitar kawasan Kampung Bukit Katil. Selain daripada itu, cadangan ini juga sewajarnya mengambil kira ciri-ciri pembangunan kerana ianya dapat memberi peluang kepada penduduk untuk mendapat faedah daripada pembinaan jalan ini. Perancangan lebuh raya ini juga perlu mengambil kira keperluan laluan yang digunakan oleh penduduk kampung supaya pergerakan harian mereka tidak terganggu dan menyusahkan penduduk kampung.

Bagi negara pula, peranan dan sumbangan industri ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.


Rujukan


Laporan Tahunan, Dun Bukit Baru 2005/2006
Laporan Tahunan, Japerun Bukit Baru 2007/2008
http://www.unpan1.un.org/intradoc
http://www.pknm.gov.my/index.php/peranan-pknm
http://znr.tripod.com/rencana3.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1233-iks.html
http://kppiks.blogspot.com/



MZ Zainudin, Muhammad Zharif Mohd Rasip, Muhammad Syazwan Fahmi Romli

No comments:

Post a Comment