Monday, November 02, 2015

Syarah usul 20







Penulis: 'Ali 'Abdul Halim Mahmud
Tahun: 2003
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor.
Muka Surat: 254

Sebelum kedatangan Islam, manusia ibarat mayat yang tidak bernyawa dan tidak mempunyai roh. Lalu Allah mengurniakan kepada kita kehidupan yang terbaik, aman dan tenteram. Menjadi umat teristmewa diutuskan kepada manusia untuk menegah perkara mungkar dan menyeru kepada kebaikan.

Justeru, siapa yang ingin meragut agama dari umat ini ibarat ingin menganggalkan roh dari jasadnya agar ia terus mati tidak bernyawa. Tugas mengembalikan semula syakhsiah Islamiah yang telah lenyap dari umat ini ialah dengan mengembalikan semula roh Islam agar ia kembali bersemadi ke dalam jasad umat ini.

Terdapat pelbagai macam doktrin dan idealogi yang semakin bercambah dari hari ke hari untuk menyesatkan umat ini sama ada dulu mahupun sekarang. Ini semua tidak mengejutkan kerana sememangnya musuh Islam itu banyak di setiap masa dan tempat. Jadi, kita perlu bersatu pada apa yang kita sepakati bersama dan bertolak ansur terhadap sebarang perselisihan antara umat Islam, di samping sentiasa berwaspada terhadap semua perancangan dan tipu daya musuh Islam.

Dengan kurnia Allah, Imam Hasan Al-Banna telah menjelaskan semua perkara ini dalam risalah beliau yang dinamakan "Risalah Ta'alim" yang padat dan amat bermakna dengan penjelasannya yang terang dan nyata tanpa sebarang kekeliruan dan kesamaran.

Post a Comment