Saya sering membawa anak-anak bercuti ke tempat yang
berbeza-beza. Bergantung pada masa, ada kalanya tiga bulan sekali atau setahun
sekali. Biasanya semua orang seronok apabila dapat melawat tempat-tempat yang
menarik ini.
Apabila pulang ke rumah, saya berinteraksi dengan anak-anak untuk
mengetahui bagaimana pengalaman mereka. Macam-macamlah jawapannya. Bagi yang
besar, dia dapat menilai banyak perkara seperti pengalaman tengok binatang,
naik sampan atau tengok ikan di Waterworld.
Bagi anak yang kecil, pengalamannya
hanya muncul apabila ditunjukkan gambar pada telefon pintar. Cerita ini
sebenarnya merupakan satu bentuk latihan kepada anak-anak untuk membuat
pemikiran reflektif supaya mereka dapat menghargai pengalaman bercuti.
Saya
rasa penting dibuat begini kepada anak-anak kerana yang keluarkan belanja
tentulah mahukan return of investment
(ROI).
No comments:
Post a Comment