Wednesday, July 08, 2015

Pemikiran reflektif










Kebanyakan daripada kita lebih suka bertindak daripada berfikir kerana berfikir kadang-kadang perlukan jawapan yang berat. Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda berkenaan pemikiran reflektif. 

Pemikiran ini merupakan satu konsep belajar daripada kejayaan dan kegagalan, mengenai apa yang patut diulang dan apa yang patut ditinggalkan. Dalam erti kata lain, pemikiran reflektif diertikan seperti instrospeksi diri iaitu proses menilai kejadian-kejadian lepas supaya kita lebih memahaminya. 

Melihat kembali keputusan-keputusan penting dalam hidup, kita boleh menilai satu per satu kesan dan akibat daripada tindakan kita itu. Kalau ada salah, kita baiki dan buat kembali keputusan yang lebih baik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang kita ada.


No comments:

Post a Comment