Monday, July 06, 2015

Sains dari perspektif kitab samawi






Penulis: Faruq Abd Al-Sheikh Najm Al Abdali
Tahun: 2008
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 128

Buku ini memaparkan hasil kajian penulis mengenai kaitan antara al-Quran dengan penemuan sains sejak dahulu hingga kini. Ia antara lain membuktikan bahawa kebanyakan penyelidikan cendekiawan Barat sudah termaktub di dalam al-Quran. Buku ini mengetengahkan kajian ke atas ayat suci al-Quran berdasarkan teori sains yang kemudiannya dikupas berasaskan pelbagai penemuan sains. Selain membuktikan kebenaran al-Quran sebagai mukjizat sepanjang zaman, buku ini turut memperlihatkan betapa hukum sains selari dengan al-Quran dan tidak mungkin akan wujud sebarang percanggahan.

Buku ini amat sesuai bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang sians moden kerana ia banyak memberi kesedaran tentang kebenaran al-Quran yang merupakan mukjizat sepanjang zaman. Buku ini juga dapat menggalakkan masyarakat untuk mengkaji dan merungkai lebih banyak lagi penemuan baru yang terkandung dalam al-Quran sesuai dengan kaedah dalam mencari kebenaran iaitu, “hukum akal dan nawal harus seiringan”. Ini bererti hukum alam (sains) dan al-Quran adalah selari dan tidak mungkin bercanggah kerana Allah menyampaikan kebenaran tentang kewujudan dan keesaan-Nya tanpa dapat disanggah oleh setiap makhluk yang dikurniakan akal.



No comments:

Post a Comment