1.0 Pengenalan
Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat penting
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu sama ada di
bandar mahupun di kampung adalah satu peristiwa yang mesti dilakukan mengikut
adat istiadat tertentu. Pada dasarnya, perkahwinan merupakan satu proses hidup
yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa
mengira darjat atau taraf. Setiap
masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya
masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Dalam kalangan orang
Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka.
Ia adalah satu tahap sejarah dalam hidup seseorang.
Oleh kerana itulah, perkahwinan perlu dirancang
supaya segala upacara dapat dijalankan sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks
tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan dapat dikenal pasti
adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi. Seperkara
yang tidak dapat diketepikan, tradisi perkahwinan Melayu jelas sekali mempunyai
perkaitan yang begitu rapat dengan tumbuhan semulajadi. Malah masyarakat Melayu
amat berpegang kepada pepatah yang berbunyi "biar mati anak jangan mati
adat".
Biarpun tidak banyak yang memahami falsafah dan
mempelajari logik adat tersebut secara mendalam, namun sekurang-kurangnya
masyarakat buat masa ini masih memerlukannya.
1.1 Objektif Kajian
Perkahwinan merupakan majlis penting dalam masyarakat
Melayu. Upacaranya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama,
merisik, meminang serta menghantar belanja. Peringkat kedua, akad nikah dan
berinai. Peringkat ketiga, hari langsung atau hari bersanding, berarak dan
bersanding serta sambut menantu.
Walau bagaimanapun pada dasarnya adat perkahwinan orang
Melayu nampak sama, tetapi bagaimanapula bagi masyarakat Jawa? Adakah adat
perkahwinan mereka sama dengan masyarakat Melayu atau terdapat pekara yang
berlainan dengan masyarakat Jawa.Orang Jawa datang hasil penghijrahan
beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu perpindahan
penduduk daripada Pulau Jawa Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di
ladang-ladang kopi, getah dan di kawasan tanah yang baru di buka. Dianggarkan
pada tahun 1930 terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura.Di Tanah Melayu
kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu , Pahat dan Pontian),
Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak (Hilir Perak, Krian,
Parit Buntar)
Kajian ini bertujuan mengkaji perbezaan adat
perkahwinan masyarakat Melayu dengan orang Jawa dengan lebih dalam dan terperinci
serta mencari perbezaan antara kedua-duanya mengikut budaya masing-masing
2.0 Definisi
Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai
penduduk pribumi yang bertutur dalam Bahasa Melayu, beragama Islam dan yang menjalani tradisi dan
adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition),
Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), iaitu
penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing
yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.
Kata nama Melayu berasal
daripada bahasa Sanskrit iaitu “Malaya” atau perkataan Tamil iaitu “Malai” yang
bermaksud bukit/tanah tinggi atau perkataan Parsi kuno iaitu “Mahaluyah”
merujuk daerah ramai guru yang digelar sebagai “Mulaya”.
Orang Jawa adalah orang yang bahasa ibundanya bahasa Jawa
dan merupakan penduduk asli bahagian tengah dan timur pulau Jawa. Banyak definisi Jawa, ada
yang mengangap Jawa adalah kesenian, ada juga yang berasal dari kata Juwawut
tanaman asal dari padi/pari (wet paddy) dan masih banyak yang
lainnya. Masyarakat Jawa sangat gemar melakukan “guyon guyon parikeno” atau
bahasa biasanya bermaksud (disindir) percakapannya. Tingkah
laku masyarakat Jawa didasari kepada tingkah spiritual dan pengenalannya
terhadap sejarah, dan kesemuanya itu sangat mempengaruhi perilaku pola
kehidupan manusianya, sebab pada dulunya (sehingga sekarang tetap
tetapi banyak kalangan yang tidak mengakuinya). Konklusinya, Jawa adalah menyenangi
kecerdasan dan berupaya menjadi cerdas, gemar mendalami sejarah, menyenangi hal
hal spiritual serta mempunyai kemampuan beradaptasi dengan baik. Jadi, walaupun kebanyakan orang Jawa akan mendentifikasikan
dirinya sendiri dengan “kebudayaan Jawa”, aspek-aspek dari cara hidup mereka
akan bervariasi berdasarkan dimana mereka tinggal. Begitu juga dengan sejauh
mana penggembaraan masyarakat Jawa.
Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu
hingga dua juta bilangan masyarakat Jawa yang boleh didapati di beberapa buah
negeri. Negeri Johor dan Selangor adalah dua buah petempatan yang sangat
popular bagi masyarakat Jawa. Namun begitu, terdapat juga beberapa buah negeri
yang mempunyai komposisi masyarakat Jawa seperti Perak, Melaka dan Negeri
Sembilan. Petempatan masyarakat Jawa di Malaysia banyak tertumpu di kawasan
Pantai Barat. Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan
masyarakat Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa
uniknya masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi
bahasa mahupun corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah
mengalami proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat
Melayu.
Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah
dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak perkahwinan
ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu
amnya. Sewajarnya kita mengetahui tentang asal usul.Orang Jawa sebagian besar
secara nominal menganut agama Islam. Tetapi ada juga yang menganut agama
Protestan dan Katolik. Mereka juga terdapat di daerah pedesaan. Penganut agama
Buddha dan Hindu juga ditemukan pula di antara masyarakat Jawa. Ada pula agama
kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini
terutama berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh Hindu-Buddha yang
kuat. Masyarakat Jawa terkenal akan sifat sinkretisme kepercayaannya. Semua
budaya luar diserap dan ditafsirkan menurut nilai-nilai Jawa sehingga
kepercayaan seseorang kadangkala menjadi kabur.
3.0 Adat-Adat Perkahwinan
Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia
dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam
perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan
itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat
perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.
Perkahwinan merupakan majlis penting dalam masyarakat
Melayu. Upacaranya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama,
merisik, meminang serta menghantar belanja. Peringkat kedua, akad nikah dan
berinai. Peringkat ketiga, hari langsung atau hari bersanding, berarak dan
bersanding serta sambut menantu. Walau bagaimanpun pada dasarnya adat
perkahwinan orang Melayu nampak sama, tetapi sebenarnya berbeza-beza mengikut
adat negeri masing-masing.
3.1 Adat Meminang
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu
masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan,
tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan
dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu
dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki
tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang
baik.
Setelah kedua belah pihak bersetuju menerima risikan awal
tadi, masing-masing akan membuat persediaan secara rasmi. Saudara-mara
masing-masing dibawa berunding dan wakil pihak lelaki akan berkunjung sekali
lagi ke rumah si gadis. Kali ini masa dan hari ditetapkan terlebih dahulu.
Pihak perempuan akan bersedia setelah berunding dan mendapat persetujuan
saudara-maranya berkenaan hal-hal seperti hari dan waktu meminang secara rasmi,
mas kahwinnya, hantaran serba satu, serba dua dan lain-lain, jumlah belanja
hangus, hari dan waktu perkahwinan, yakni hari langsung, Syarat-syarat lain
sekiranya mana-mana pihak menarik diri dan sebagainya.
Dengan demikian, apabila wakil pihak lelaki sampai, pihak
perempuan sudah bersedia dan dapat menjelaskan satu persatu kehendak tersebut.
Di samping itu, persetujuan juga dicapai tentang majlis hari pertunangan
seperti jumlah rombongan pihak Ielaki, jumlah dulang yang akan dibawa pada,
hari itu selain daripada tepak sirih. sama ada sebahagian daripada belanja
hangus dikehendaki atau tidak pada hari peminangan itu. Sesudah segala
persetuan dicapai, wakil ibu bapa pihak Ielaki akan melaporkan kesemuanya
kepada ibu bapa dan saudara-mara si teruna.
Biasanya tidak banyak lagi yang akan dibicarakan. Di
dalam tempoh ini sehingga hari pertunangan, pihak lelaki akan menyediakan barang-barang
yang diperlukan oleh pihak perempuan. Manakala pihak perempuan akan menyiapkan
barang-barang yang hendak dihadiahkan kepada pihak lelaki. Menurut Adat, pihak
lelaki akan menghantar barang-barang berikut untuk Si gadis pada hari pertunangan
seperti cincin, sebuah tepak sirih yang Iengkap dengan isinya sebagai sirih
meminang, sepasang pakaian, sehelai kain tudung, buah-buahan atau lain-lain,
beg tangan, sepasang kasut. Jumlah dulang daripada pihak Ielaki dan balasannya
daripada pihak perempuan mestilah dalam bilangan ganjil.
Cincin sebentuk sama ada emas, intan atau berlian sebagai
cincin tanda. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk
cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka
akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang
dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu,
justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos
dan masa.
3.2 Meminang
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya,
pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan
peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak
lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara
rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan
tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu,
perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan
yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan
menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.
Pada hari pertunangan, pihak lelaki membawa barang-barang
yang telah ditetapkan, seperti tepak sirih dan hadiah-hadiah lain. Bagi upacara
meminang atau hari naik tanda, pihak lelaki akan menghantar wakil sebagai
jurucakap. Demikian juga pihak perempuan akan mewakilkan seseorang sebagai
jurucakap kepada pihak penerima pula.
Majlis pertunangan akan berjalan meriah disulami berbalas-balas
pantun daripada kedua-dua belah pihak. Pada hari tersebut, ditetapkan tarikh
hari perkahwinan dan diberitahu syarat-syarat yang dikenakan. Antaranya jika
pihak Ielaki memungkiri janji, dia akan didenda dengan memenuhi hantaran yang
ditetapkan. Sebaliknya jika pihak perempuan yang memutuskan pertunangan, dia
dikenakan membayar ganti rugi dua kali ganda hantaran yang telah dijanjikan.
Setelah semua perkara dibicarakan, pihak lelaki akan
menyerahkan segala hantaran kepada pihak perempuan dengan sopan, kecuali cincin
tanda atau cincin tanda atau cincin tunang yang dipegang oleh kakak atau emak
saudara pihak lelaki untuk disarungkan ke jari manis si gadis.
Si gadis yang dihiasi cantik dengan berpakaian menarik
menanti di dalam bilik dengan penuh tertib. Inilah masanya kakak atau ibu
saudara pihak Ielaki melihat lebih dekat wajah si gadis.
Barang-barang daripada pihak perempuan kepada pihak
lelaki dibalas dalam bilangan ganjil juga. Antara hadiah yang dibalas ialah
songkok, sejadah, sepasang persalinan dan sebagainya. Selepas bertukar-tukar
hadiah, jamuan akan dihidangkan. Selepas itu barulah rombongan pihak lelaki
pulang.
3.3 Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak
lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk
upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena
pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada
tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta
hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan
lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih
belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil
langkah bendul. Bilangan
hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, tujuh,
sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi
implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan
pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut
diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang
menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya
beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak
sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi.
Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis.
Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan
berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal
yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut
persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah
berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan
tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan
dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua
hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil
pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan
cincinpertunangan atau cincin tanda
ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan
tersebut.
3.4 Akad Nikah
Sebelum akad nikah dijalankan, imam biasanya akan mengingatkan
si teruna kepada hal-hal keagamaan dan tanggungjawab yang bakal dihadapi
sebagai suami mengikut lunas-lunas Islam. Ini termasuklah mengucapkan dua
kalimah syahadat, menuturkan rukun Islam dan rukun lman. Selepas upacara akad
nikah, pengantin lelaki akan bersalin pakaian untuk turut serta dalam adat
berinai besar.
Jika akad nikah dilakukan pada malam berinai besar,
barang-barang hantaran adalah seperti sebentuk cincin emas ataupun intan
berlian, sepasang pakaian, sehelai kain tudung, sepasang kasut, sebuah beg
tangan, wang hantaran dan mas kahwin, bunga rampai, buah-buahan dan
lain-lain yang sesuai, tetapi kesemua hantaran ini hendaklah didahului oleh
tepak sirih atau sirih junjung. Barang-barang ini dibawa pada malam berinai
besar ke rumah pengantin dalam bilangan ganjil dan dibalas oleh pihak perempuan
melebihi daripada jumlah dulang pihak lelaki dalam bilangan ganjil juga. Tetapi,
jika akad nikah dilakukan pada siang hari yakni pada hari langsung,
barang-barang hantaran ini mestilah dibawa bersama untuk upacara akad nikah.
3.5 Adat Berinai
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat
seperti berinai curi. Ini diadakan
tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja. Seterusnya
berinai kecil diadakan dua malam
sebelum hari langsung untuk para saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat
handai. Akhir sekali, berinai besar
yang diadakan satu malam sebelum hari langsung untuk para jemputan khas
daripada pihak lelaki dan perempuan. Biasanya ia dilakukan selepas upacara akad
nikah.
Dalam adat berinai curi dan berinai kecil, pihak Ielaki
tidak diundang dan tidak seharusnya datang. Manakala pada malam berinai besar,
pihak lelaki turut serta. Pada malam upacara berinai besarlah akad nikah
dilangsungkan, yakni sebelum berinai besar. Apakala pengantin Ielaki didudukkan
di atas pelamin, upacara berinai dilakukan oleh para jemputan lelaki dan
perempuan, kebanyakannya daripada pihak perempuan. Jumlah orang yang menginai
mestilah ganjil. Demikian juga apabila menginaikannya. Upacara ini bertujuan
untuk kebersihan dan kesucian kedua-dua pengantin, kerana ini dianggap “berkat”,
iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Kedua-dua bakal pengantin dianggap
wangi dan berdarah manis.
3.6 Hari Langsung atau Hari
Bersanding
Hari langsung atau hari bersanding merupakan kemuncak
istiadat perkahwinan. Pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Sebelum
sampai waktu bersanding, Pengantin lelaki dan perempuan akan dijaga ketat. Sebelum
persandingan berlangsung beberapa perkara akan dilalui oleh pengantin. Di
sesetengah tempat, kedua-dua pengantin diandam manakala di sesetengah tempat
lainnya pengantin perempuan sahaja diandam.
Pada waktu pagi, sebelum bersanding, pengantin perempuan
akan bersalin-salin pakaian. Bermacam-macam fesyen pakaian digayakan kemudian
dibawa duduk di atas pelamin. Antara jenis pakaian yang sering dikenakan ialah
pakalan Minangkabau, Sari, Ceongsam, Cik Siti Wan Kembang dan lain-lain lagi.
Adat menyumbang atau bergotong-royong memang telah
diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pelbagai bentuk sumbangan diberikan
daripada bahan makanan hinggalah sumbangan tenaga seperti mendirikan bangsal,
penanggah dan mendirikan khemah. Jika sumbangan itu besar, ibu bapa pengantin
perempuan akan diberitahu awal-awal lagi untuk membuat anggaran sumbangan bunga
telur. Kalau sumbangannya belumlah 1000, manakala jemputan 1500, tuan rumah
akan menyediakan 500 bunga telur sahaja. Ini supaya tidak membazir.
Selain daripada sumbangangini, ada sejenis sumbangan lagi
yang diberi ketika bersalam kepada lbu bapa pengantin. Adat ini disebut “salam
berisi”. Mengikut adat ini, selalunya jumlah keseluruhan sumbangan salam berisi
mencukupi atau sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan untuk majlis
hari langsung.
Adat ini harus dipuji kerana ia membantu mengelakkan ibu
bapa si gadis daripada bergadai-bergolok semata-mata untuk mengadakan majlis
perkahwinan anak mereka. Suatu perkara yang menarik, kaum wanita yang menuju ke
rumah pengantin perempuan akan membawa bekas berisi gula, tepung, beras pulut
dan sebagainya. Sebagai balasan bekas-bekas itu akan diisikan dengan pulut
kuning atau apa sahaja makanan yang ada sewaktu hari langsung. Adat rnemberi
sumbangang ini juga diamalkan di negeri-negeri yang kebanyakan masyarakatnya
adalah orang Jawa atau orang Minangkabau seperti di Negeri Sembilan, Johor dan
negeri-negeri lain.
3.7 Berarak dan Bersanding
Dalam setiap majlis perkahwinan masyarakat Melayu, adat
berarak dan bersanding jarang sekali ditinggalkan. Setelah membaca doa selamat,
jamuan dihidangkan dan bunga telur diedarkan kepada para jemputan kedua-dua
pihak. Persamaan adat yang diamalkan di negeri-negeri dalam istiadat berarak
dan bersanding adalah adat duduk di atas pelamin. Pengantin lelaki duduk di
sebelah kanan dan pengantin perempuan duduk di sebelah kiri, acara menyuap
antara pengantin dan acara masuk ke bilik.
Sebelum istiadat duduk atas pelamin, pengantin lelaki
akan berpakaian pengantin yang lengkap. Pengantin perempuan berkebaya panjang,
berkain sarung yang biasanya dibuat daripada kain songket. Rambut disanggul
berhias cucuk goyang yang diperbuat daripada suasa atau perak. Tangan pula
bergelang bertingkat-tingkat, jari bercincin, lchcr berkalung dokoh dan
perhiasan-perhiasan lain.
Bagaimanapun, hari ini tidak ramai pengantin yang memakai
cucuk goyang. Setelah selesai berpakaian khas, pengantin lelaki tidak boleh
masuk ke rumah pengantin perempuan sebelum pangantin perempuan mengirimkan
sirih latlat atau disebut sirih genggam untuk pengantin lelaki. Ini sebagai
tanda pengantin perempuan sudah bersedia menunggu kedatangan pengantin lelaki.
Sirih latlat ini akan digenggam olen pengantin lelaki hinggalah acara
suap-suapan.
Kemudian, dengan diringi pengapit dan bunga manggar,
rombongan pengantin lelaki berjalan perlahan-lahan menuju rumah pengantin
perempuan dengan didahului oleh kaum ibu. Di belakang mcreka pula kumpulan
kompang, rebana atau hadrah. Setibanya di pekarangan rumah, pengantin perempuan
sendiri menyambutnya dengan diiringi oleh mak andam. Mereka terus didudukkan
dahulu di satu tempat khas di halaman rumah untuk upacara pencak silat yang
diadakan sebagai tanda penghormatan kepada raja sehari.
Ketika ini, seorang lelaki wakil pihak perempuan akan
menyambut dan membisikkan peraturan-peraturan yang akan dibuat sewaktu istiadat
bersanding kepada pengapit pengantin lelaki. Kemudian kedua-dua mempelai
dipersilakan masuk ke dalam rumah untuk upacara persandingan.
Selepas bersanding, kedua-dua mempelai akan turun ke
halaman rumah untuk upacara makan damai. Usik-mengusik dan gelak ketawa
memeriahkan suasana makan damai. Pada sebelah malamnya, diadakan majlis
bersukaria atau joget lambak yang terkenal di Melaka. la dmulakan oleh kedua
pengantin kemudian diikuti para tetamu dan mereka yang bekerja keras sepanjang
majlis perkahwinan itu.
Di setengah-setengah tempat upacara bertandang atau
menziarahi kaum keluarga dilakukan selepas selesai adat bersiram. Kadang kala
kedua-dua mempelai diasah gigi mereka oleh mak andam atau tukang gigi khas
tetapi sekarang ia tidak dipraktikkan lagi.
3.8 Sambut Menantu
Adat sambut menantu biasanya dibuat sehari selepas atau
seminggu kemudian. Ada kalanya adat bersanding diadakan sekali lagi di rumah
pengantin lelaki untuk memberi peluang pihak kaum keluarga lelaki yang tidak
turut serta ke rumah pengantin perempuan.
4.0 Adat-Adat Perkahwinan
Masyarakat Jawa
4.1 Lamaran
Keluarga calon pengantin
lelaki berkunjung ke rumah keluarga calon pengantin perempuan untuk melamar
puteri keluarga tersebut menjadi isteri putera mereka. Pada acara ini,
kedua-dua keluarga lebih jauh mengenali antara satu sama lain , dan berbincang
mengenai hal-hal yang ringan. Biasanya keluarga dari calon pengantin perempuan
yang mempunyai hak untuk menentukan jenis pernikahan iaitu sama ada Paes Agung iaitu pernikahan
agung atau Paes Kesatriyan iaitu
pernikahan jenis kesatria yang lebih sederhana. Jika lamaran diterima, maka
kedua-dua belah pihak akan mula menguruskan segala persiapan pernikahan.
4.2 Pasang Tarub
Sehari sebelum pernikahan, biasanya gerbang rumah pengantin perempuan
akan dihiasi Tarub atau janur kuning yang terdiri dari berbagai macam tumbuhan
dan daun-daunan. Dua pohon pisang dengan setandan pisang masak pada setiap
pohon, melambangkan suami yang akan menjadi kepala rumah tangga yang baik dan
pasangan yang akan hidup baik dan bahagia dimanapun mereka berada (seperti
pohon pisang yang mudah tumbuh dimana-mana)
Tebu Wulung atau tebu merah, yang bererti keluarga yang mengutamakan
pemikiran yang sihat. Cengkir Gading atau buah kelapa muda, yang bererti
pasangan suami isteri akan saling mencintai dan mengasihi antara satu sama
lain. Pelbagai daun seperti daun beringin, daun mojo-koro, daun alang-alang,
dadap serep, sebagai simbol kedua pengantin akan hidup aman dan keluarga mereka
akan terlindung daripada mala petaka.
Selain itu di atas
gerbang rumah juga dipasang bloketepe iaitu hiasan daripada daun kelapa
untuk mengusir roh-roh jahat dan sebagai tanda bahawa adanya acara pernikahan
sedang berlangsung di tempat tersebut. Sebelum Tarub dan janur kuning dipasang,
sesajen atau persembahan sesajian biasanya dipersiapkan terlebih dahulu.
Sesajian tersebut terdiri daripada pisang, kelapa,
beras, daging sapi, tempe, buah-buahan, roti, bunga, bermacam-macam minuman
termasuk jamu dan lain-lain. Simbolik
daripada sesajian ini adalah agar
dijauhkan dari roh-roh jahat. Sesajian ini diletakkan di tempat-tempat yang mana
upacara pernikahan akan dilangsungkan, seperti kamar mandi, dapur, pintu
gerbang, di bawah tarub, di luar rumah dan sebagainya.
4.3 Upacara Siraman
Upacara siraman ini dilangsungkan sehari sebelum akad nikah (ijab
kabul). Pengantin perempuan akan mengenakan kain putih
bersih sepanjang dua meter dan mestilah menguraikan rambut. Yang bertugas
menyiram pengantin perempuan ialah ayah dan ibu kedua- dua mempelai, diteruskan dengan ahli keluarga
terdekat seperti nenek, ibu dan bapa saudara mempelai. Siraman ini diteruskan
dan diakhiri dengan mak andam dan yang
paling akhir adalah dilakukan oleh pengantin sendiri.
Setelah acara siraman, pengantin perempuan
duduk di dalam biliknya. Pemaes (mak andam) akan mengeringkan rambut pengantin
perempuan dan memberi pewangi di rambutnya. Rambutnya akan disisir dan digelung
atau dibentuk konde (sanggul besar). Setelah Pameas mengeringkan wajah dan
leher pengantin perempuan, dia akan mula mendandan wajah pengantin itu. Kemudian, pengantin itu akan
memakai baju kebaya dan kain batik. Sesajian untuk upacara Ngerik pada
asalnya sama dengan acara siraman. Biasanya lebih mudah sesajian untuk siraman
digunakan atau dimasukkan ke bilik pengantin dan dipakai untuk sesajian upacara
ngerik.
Kedua orang tua pengantin perempuan menggendong anak mereka yang melambangkan kepergian seorang anak. Acara memotong sedikit rambut pengantin perempuan dan potongan rambut tersebut ditanam di rumah belakang.
4.4 Upacara Midodareni
Acara ini dilakukan pada malam hari selepas
siraman. Midodaren bererti menjadikan pengantin perempuan secantik dewi Widodari.
Pengantin perempuan akan tinggal di biliknya bermula dari jam enam petang
sampai tengah malam dan ditemani oleh saudara mara perempuan. Mereka akan
bercakap-cakap dan memberikan nasihat kepada pengantin perempuan.Orang tua
pengantin perempuan akan memberinya makan untuk kali terakhir, kerana bermula
esok hari dia akan menjadi tanggung jawab suaminya.
Peningsetan bermaksud bersatu iaitu kedua keluarga mempelai setuju untuk kedua anak mereka disatukan dalam tali pernikahan.
Selama acara midodaren berlangsung, calon
mempelai lelaki tidak boleh masuk bertemu dengan keluarga calon mempelai
perempuan. Selama keluarganya berada di dalam rumah, dia hanya boleh duduk di
depan rumah ditemani oleh beberapa teman atau anggota keluarga. Dalam pada
waktu itu, dia hanya diberi segelas air, dan tidak boleh merokok. Mempelai lelaki
baru boleh makan setelah tengah malam. Hal itu memberi pengajaran supaya dia
dapat menahan daripada lapar dan godaan. Setelah keluarga pengantin lelaki
keluar dari rumah dan pulang, mempelai lelaki diizinkan masuk ke rumah namun
tidak diizinkan masuk ke bilik pengantin. Mertuanya akan mengatur tempat
tinggalnya malam itu. Ini disebut dengan Nyantri yang dilakukan untuk
alasan keamanan, mengingat bahawa esok paginya calon pengantin akan didandan
dan dipersiapkan untuk acara ijab kabul dan acara-acara lainnya.
4.5 Akad Nikah
Upacara akad nikah dilaksanakan menurut agama
masing-masing. Bagi pemeluk agama Islam, akad nikah dapat dilangsungkan di
masjid atau di rumah. Setelah upacara akad nikah selesai ,pengantin lelaki
tetap menunggu di luar untuk upacara selanjutnya. Setelah selesai upacara ijab kabul
barulah upacara adat dapat dilangsungkan.
Upacara Panggih/Temu. Pada upacara ini kembar mayang akan dibawa keluar rumah
dan diletakan di persimpangan dekat rumah yang tujuannya untuk mengusir roh jahat.
Kembar mayang adalah gubahan bunga yang terdiri dari daun-daun pohon kelapa
yang dicucukkan ke batang pohon kelapa.
Balangan Suruh. Pada saat jarak mereka sekitar tiga meter, mereka saling melempar tujuh
bungkusan yang berisi daun sirih jeruk, yang ditali dengan benang putih. Mereka melempar dengan penuh semangat
dan tertawa. Dengan melempar daun sirih satu sama lain, menandakan bahawa
mereka adalah manusia, bukan makhluk jadi-jadian yang menyamar jadi pengantin.
Selain itu ritual ini juga melambangkan cinta kasih dan kesetiaan.
Wiji Dadi. Pengantin lelaki memijak telur ayam hingga pecah dengan kaki kanan,
kemudian pengantin perempuan akan membasuh kaki suami dengan air bunga. Proses
ini melambangkan seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab terhadap
keluarganya dan isteri yang taat melayani suaminya.
Pupuk. Ibu pengantin perempuan yang mengusap pengantin lelaki sebagai tanda
ikhlas menerimanya sebagai bagian dari keluarga.
Sindur Binayang. Di dalam ritual ini ayah pengantin perempuan meembawa pasangan
pengantin ke kerusi pelamin, ibu pengantin perempuan memberikan kain sindur sebagai tanda
bahawa ayah menunjukkan jalan menuju kebahagiaan dan ibu memberikan dorongan
moral.
Tanem. Di dalam ritual
ini bermaksud ayah pengantin perempuan mendudukkan pasangan pengantin di kerusi
pengantin sebagai tanda merestui pernikahan mereka dan memberikan berkat.
Tukar Kalpika. Pada mulanya, pengantin lelaki meninggalkan biliknya dengan diapit
oleh anggota lelaki keluarga (saudara mara lelaki) iaitu seorang anggota
keluarga yang dihormati dipilih untuk berperanan sebagai ketua rombongan. Pada
waktu yang sama, pengantin perempuan juga meninggalkan bilik sambil diapit oleh
pengikutnya untuk bertemu pengantin lelaki. Kemudian kedua pengantin duduk di
meja dengan wakil-wakil keluarga, dan kemudian saling bertukar cincin sebagai
tanda cinta.
Kacar-kucur/Tampa Kaya/Tandur. Dengan bantuan Pemaes, pasangan pengantin berjalan dengan
memegang jari kelingking pasangannya, ke tempat ritual kacar-kucur atau tampa
kaya. Pengantin lelaki akan menuangkan kacang kedelai, kacang tanah, beras,
jagung, beras ketan, bunga dan syiling (jumlah haruslah genap) ke pangkuan
perempuan sebagai simbol pemberian nafkah. Pengantin perempuan menerima hadiah
ini lalu membungkuskan segalanya dengan kain putih di pangkuannya sebagai
simbol isteri yang baik dan solehah.
Dahar Kembul/Dahar Walimah. Kedua pengantin saling bersuap nasi antara satu sama lain yang
melambangkan kedua mempelai akan hidup bersama dalam susah dan senang dan
saling menikmati hidup mereka bersama.
Mertui. Orang tua pengantin perempuan menjemput orang tua pengantin lelaki di
depan rumah untuk berjalan bersama menuju tempat upacara. Kedua ibu berjalan di
hadapan, kedua ayah di belakang. Orang tua pengantin lelaki duduk di sebelah
kiri pasangan pengantin, dan sebaliknya.
Sungkeman. Kedua pengantin bersujud memohon restu dari kedua orang tuanya.
Pertamanya ayah dan ibu pengantin perempuan, kemudian ayah dan ibu pengantin
lelaki.
Resepsi perkahwinan. Setelah semua upacara selesai dilakukan, saatnya untuk resepsi
pernikahan dan para tetamu mula makan dan minum makanan tradisional Jawa dengan
disertai tarian tradisional Jawa dan muzik gamelan. Acara fotografi dan
bersalaman dengan kedua pengantin juga dilangsungkan.
5.0 Kesimpulan
Dari hasil kajian kami mendapati banyak
perbezaan perkahwinan antara orang Melayu dengan masyarakat Jawa. Banyak adat
yang tidak terdapat dalam masyarakat Melayu antanya upacara siraman, Gendongan,
Pangkas Rikmo lan Tanam Rikmo, Upacara Midodareni dan banyak lagi . Upacara
sebegitu bagi masyarakat Melayu boleh menyimpang dari ajaran agama Islam. Golongan
tersebut kebanyakannya datang dari golongan kaya dan orang luar, ini kerana
ciri-ciri tersebut mempunyai nilai seni tersendiri. Oleh itu, kita harus menjaga
ciri-ciri dan adat- adat sesebuah masyarakat agar tidak di lupakan oleh
generasi yang akan datang.
Rujukan
Amran Kasimin. (1989). Istiadat Perkahwinan Melayu:
Satu Kajian Perbandingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Mohtar Md. Dom. (1987). Adat Pepatih dan Adat
Istiadat Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Federal Publications.
Ismail Hamid. (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1986). Adat Resam dan Adat
Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Borhan, Zainal Kling, Zorazit Selat, Mohd
Ramli Raman. (1996). Adat Istiadat Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
http://3.bp.blogspot.com/_jZGrK2-
http://ezadahmad.blogspot.com/2005/05/definisi-melayu.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia
http://www.karatonsurakarta.com/orangjawa.html
MZ Zainudin, Fazureen
Erina Mohayyaddin Abdul Kader, Tengku Intan Jamillia Tengku Jamil Iklil, Abang
Muhammed Redzuan, Nur Fara’ain Mohd Shaizan, Noor Hazerah Zakaria
No comments:
Post a Comment