1.0 Pengenalan
Unit ukuran
adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai
faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara
peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran
bagi banyak benda seperti pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang
sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan. Sistem yang seragam bagi
berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad
ke-4 SM dan ke-3 SM dalam
kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus dan mungkin
juga Elam di Parsi.
Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan
bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan
bahagian badan dan benda-benda di sekeliling untuk mengukur seperti depa,
jengakal, batu, sepelaung, setanak, sekaki, selangkah dan sebagainya. Timbangan (berat) digunakan untuk mengukur
berat sesuatu barang.
Contoh alatan yang dicipta untuk mengukur
berat ialah dacing dan pikul digunakan untuk menimbang emas, perak, bijih
timah, rempah, buah-buahan dan sebagainya. Sukatan digunakan
untuk mengukur isipadu sesuatu benda. Alatan yang digunakan untuk mengukur
sukatan ialah kaul, cupak dan gantang digunakan untuk menyukat beras, bijih
timah, rempah, garam, kacang, gula dan sebagainya.
1.1 Latar Belakang Kajian
Takrif, persetujuan dan
kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha
manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem
ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini
terdapat satu piawai sejagat iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI) yang
merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau
sedang diterima guna di seluruh dunia. Amerika
Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerima guna
sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.
Dalam perdagangan, timbang dan
ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan
dan gambaran. Bureau international
des poids et mesures (BIPM) telah ditugaskan untuk memastikan
keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta memberi cadangan kepada Sistem
Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan
timbang dan ukur negara serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh
diterima.
Dalam
bidang fizik dan metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai
untuk mengukur kuantiti fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang
jelas supaya berguna. Kebolehulangan ujian merupakan
pokok kaedah saintifik. Oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat
memudahkan pelaksanaan ini. Sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep
timbang dan ukur yang dikembangkan untuk tujuan perdagangan sejak lama
dahulu.
Sains, perubatan
dan kejuruteraan sering menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar
atau lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari
dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit
ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik dalam penyelesaian
masalah.
1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah memahami
perkembangan sains, ukuran, timbangan dalam tamadun Cina, Islam dan India.
Selain itu, membandingkan sains ukuran, timbangan dan sukatan yang digunakan
pada zaman dahulu dengan zaman sekarang. Di samping itu, mengetahui persepsi
pelajar terhadap perkembangan sains,ukuran,timbangan akan dikajikan.
1.3 Kepentingan Kajian
Mengetahui sejarah ukuran, timbangan dan
sukatan dalam tamadun Cina, Islam dan India. Penggunaan peralatan perukuran pada zaman dahulu dapat
difahami dan dikenali.
Masyarakat yang tinggal di Tamadun Indus
telah memenguasai ketepatan dalam mengukur jarak, berat dan masa.
Mereka adalah antara orang pertama yang membangunkan sistem berat dan pengukuran yang
seragam. Sejarah sistem pengukuran di
India bermula pada Tamadun Indus, sampel yang masih
wujud bertarikh seawal 5 SM. Sejak zaman awal lagi masyarakat tamadun ini telah
memberi keutamaan kepada sistem standard, ini telah dicerminkan melalui seni
bina pada tamadun ini.
Pembaris yang diperbuat
daripada ivory telah
digunakan pada Tamadun Lembah Indus
sebelum 1500 SM. Penggalian di Lothal (2400 SM) telah
menjumpai sebatang pembaris itu ditentukan ukuran
kira-kira 1/16 (1.6 mm).
Ian Whitelaw berpendapat bahawa
pada pemerintah Mohenjo-Daro, pembaris
telah dibahagikankepada unit
1.32 dalam (33.5 mm) dan ini ditandakan subdivisi perpuluhan
dengan ketepatan yang mengagumkan iaitu 0.005 dalam
(0.13 mm). Batu-bata kuno yang
dijumpai di seluruh rantau ini mempunyai dimensi
yang padan dengan unit-unit ini. Timbangan dacing atau
lebih dikenali sebagai “steelyard balance” mempunyai lengan yang tidak sama
panjang ia adalah penggabungan antara pengimbang dengan lengan yang ditentukur.
Apabila beban diletakkan di atas
timbangan ini ia akan meluncur di sepanjang lengan ditentukur lebih lama untuk
mengimbangi beban sekali gus menunjukan berat. Timbangan dacing pertama
yang dijumpai pada abad ke-4 SM
telah digali dari tapak arkeologi Gandhara dan Amravati. Kewujudan
sistem berat yang kompleks dan ukuran digunakan bagipelbagai
tujuan di bawah kawalan pusat pentadbiran Maurya (322-185 SM)
terdapat dalam Arthashastra.
Dalam tamadun Cina, kebanyakan unit SI adalah
berdasarkan unit terdekat tradisional itu. Bilakah
ia perlu untuk menekankan
sistem yang akan
digunakan, perkataan "pasaran" (市 shi) untuk
unit tradisional atau "biasa / standard"
(公 gong) bagi
unit SI boleh ditambah di hadapan nama.
SI adalah sistem unit
yang rasmi, tetapi
unit tradisional masih digunakan ubiquitously dalam kehidupan seharian. Li (厘) dan Fen (分) untuk pemeriksaan unit-unit kecil
untuk panjang, luas, dan jisim; Walau bagaimanapun,
ia merujuk kepada
pelbagai jenis ukuran.
Menurut Liji, Maharaja Kuning
legenda menciptakan unit-unit yang pertama. Yang Erya Xiao dan Kongzi Jiayu
menyatakan bahawa unit panjang adalah berasal dari tubuh manusia. Menurut Rekod
Sejarawan Grand, unit
tubuh manusia ini menyebabkan ketidakselarasan itu dan Yu Besar, satu lagi tokoh lagenda,
menyatukan ukuran panjang. Raja-Raja dengan
unit perpuluhan telah
digali dari makam
Dinasti Shang.
Peralatan astronomi menunjukkan sedikit perubahan panjang chi dalam abad yang berikut, sejak kalendar yang diperlukan untuk menjadi konsisten. Ia bukan sehingga pengenalan unit perpuluhan dalam Dinasti Ming bahawa sistem tradisional telah disemak semula. Pada tahun 1928, kerajaan Republik China telah menerima pakai sistem metrik sebagai standard rasmi. Pada tahun 1976, Ordinan Metrik Hong Kong membenarkan penggantian beransur-ansur sistem memihak kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI) sistem metrik.
Kerajaan Republik Rakyat China menyambung semula menggunakan sistem tradisional sehingga tahun 1984, apabila ia menggunakan sistem SI. Sistem SI menjadi standard kebangsaan pada tahun 1987.
Pada
zaman kerajaan lama (sebelum wujudnya sukatan metrik piawai), gantang dijadikan
alat penyukat rasmi. Ukuran ini sering digunakan di desa, terutama untuk
penduduk yang menanam padi atau gandum. Gantang
adalah satu ukuran untuk isi padu (volume measure atau capacity)
bersamaan dengan 1 gelen imperial,
hampir sama dengan 4.56 liter sukatan metrik ataupun 1.2 gelen
U.S. Khazanah Malaysia mentakrifkan 1 gantang sebagai 4.546 09 liter
dan 1 liter bersamaan dengan 0.219969 gantang.
Di Sabah dan Sarawak,
gantang digunakan juga sebagai unit berat, bersamaan 5 1/3 paun
Imperial (kira-kira 2.419 kg) (Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, 1966). Di Brunei,
gantang digunakan dengan sukatan berat untuk beras, bersamaan 8 paun avoirdupois,
iaitu kira-kira 3.63 kg. Tetapi apabila digunakan untuk mengukur padi,
gantang bersama dengan 5 1/3 paun sahaja,
bersamaan 2.419 kg.
Gantang
di Indonesia adalah
unit sukatan untuk beras, dan adalah bersamaan dengan 8.5766 liter. Semasa
penjajahan Belanda,
gantang dikira untuk ukuran isi padu sebagai 1/14 pikul (kira-kira
8.38048 liter) tetapi apabila digunakan dengan ukuran berat adalah dikira sebagai
sukatan bersamaan 6.15 kg.
Sejenis alat penimbang (yang terdiri
daripada batang yang berskala atau bersenggat, batu penimbang serta tempat
meletak barang).Anak (buah, batu) dacing logam pada dacing sebagai pengimbang
berat (ketika menimbang). Lidah dacing jarum (pada dacing) yang menunjukkan
keseimbangan timbangan.
Ukuran
isi untuk beras dan lain-lain (suku gantang). Secupak
beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah
kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo. Jengkal dan hasta digunakan untuk
mengukur panjang dan pendek sesuatu benda.
Banyak benda
telah dicipta pada era moden ini untuk mengukur jisim sesuatu benda.Penciptaan
alatan-alatan yang moden ini telah membantu masyarakat pada zaman ini untuk
menimbang jisim benda dengan senang dan tepat.Antara alatan yang telah dicipta
untuk mengukur jisim sesuatu benda adalah penimbang berat, pengukur jisim
bendalir, pengukur lemak, "triple beam balance" dan sebagainya.
Bikar adalah sebuah wadah penampung yang digunakan untuk mengaduk,
mencampur, dan memanaskan cairan yang biasanya digunakan dalam laboratorium.
Beker secara umum berbentuk silinder dengan
dasar yang bidang dan tersedia dalam berbagai ukuran, mulai dari 1 mL sampai
beberapa liter.
Pembaris merupakan sebuah alat pengukuran dan alat bantu
gambar untuk menggambar garis lurus. Terdapat berbagai pembaris dari mulai yang
lurus sehingga yang berbentuk segitiga (biasanya segitiga siku-siku sama kaki
dan segitiga siku-siku 30°–60°). Pembaris dapat terbuat dari plastik, logam,
berbentuk pita dan sebagainya. Selain itu, juga terdapat pembaris yang boleh
dilipat.
Venier angkup digunakan untuk mengukur
suatu benda dari sisi luar dengan cara diapit. Ia juga diguanakan untuk
mengukur sisi dalam suatu benda yang biasanya berupa lubang seperti paip. Ia
digunakan untuk mengukur kedalamanan celah atau lubang pada suatu benda.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian
ini merupakan satu kajian mengenai persepsi pelajar terhadap perkembagan sains
ukuran, timbangan dan sukatan. Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan
membincangkan mengenai reka bentuk kajian, kerangka konsep (model kajian), sampel
kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan
data.
Reka bentuk kajian adalah berfungsi sebagai panduan dalam sesuatu
penyelidikan untuk mencapai jawapan yang jelas untuk persoalan-persoalan
kajian.Secara umumnya, kajian ini berbentuk analisis yang mana ia melibatkan
pengumpulan data dan penggunaan perisian komputer. Perisian komputer yang
digunakan adalah Microsoft Excel.
3.2 Kerangka Konsep
Konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah meliputi persepsi
dan pengetahuan. Persepsi merupakan tanggapan respoden terhadap perkembangan
sains ukuran, timbangan dan sukatan. Manakala pengetahuan adalah sejauh
mana respoden memahami dan pededahan terhadap
perkembangan sains ukuran, timbangan dan sukatan pada zaman dahulu dan zaman
kini.
Sampel
kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan yang
berlainan fakulti dan kaum di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kajian ini lebih bertumpukan kepada pemahaman
dan pendedahan tentang sains ukuran, sukatan dan timbangan pada zaman dahulu
dan zaman kini. Data-data yang
dikumpulkan kemudiannya telah dianalisis.
Bagi memperolehi maklumat yang diperlukan
dalam kajian ini, satu instrumen kajian iaitu soal selidik
digunakan. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua
bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi demografi, Bahagian B berkaitan pendedahan
tentang sains ukuran, timbangan dan sukatan dan Bahagian C ialah pengetahuan
tentang sains ukuran, timbangan dan sukatan. Ia juga merupakan satu set soalan
yang mengandungi sepuluh soalan mengenai tajuk yang dikaji.
4.0 Hasil Kajian dan
Perbincangan
Kajian ini meliputi persepsi pelajar
terhadap sistem pengukuran melalui soal selidik. Antara kandungannya adalah
tentang pemahaman, pengenalan dan pandangan para pelajar terhadap sains
pengukuran tamadun awal dan perbandingan dengan masa kini.
Rajah
1: Pemahaman terhadap perkembangan sains ukuran, sukatan dan
timbangan
dalam tamadun Melayu, Cina dan India
Carta pai di atas menunjukkan pemahaman
terhadap perkembangan sains ukuran, sukatan dan timbangan dalam tamadun Melayu,
Cina dan India antara 30 pelajar. Sistem pengukuran bukan satu subjek wajib
bagi pelajar, ini menyebabkan banyak pelajar yang tidak memahami tentang ia.
Rajah
2: pengetahuan tentang peralatan dan unit ukuran pada tamadun awal
Carta pai di atas menunjukkan pengetahuan
tentang sebarang peralatan dan unit ukuran pada tamadun awal antara 30 pelajar.
Hampir separuh pelajar yang tahu tentang peralatan dan unit ukuran. Sebahagian
kecil daripada buku teks sejarah sekolah menengah mendedahkan peralatan dan
unit ukuran kepada pelajar.
Rajah
3: Pengetahuan tentang sebarang peralatan dan unit ukuran sekarang
Carta pai di atas menunjukkan pengetahuan
tentang sebarang peralatan dan unit ukuran sekarang antara 30 pelajar. Hampir
semua pelajar yang mengetahui peralatan dan unit ukuran sekarang kerana sistem
pengukuran ini digunakan masa kini.
Rajah
4: Jenis ukuran yang terpengaruh dalam tamadun manusia
Graf bar di atas menunjukkan jenis ukuran
yang terpengaruh dalam tamadun manusia. Ukuran paling penting dalam
perkembangan sesebuah tamadun kerana ia digunakan dalam pembinaan dan kehidupan
harian manusia. Manakala sukatan mungkin tidak begitu berpengaruh sebab
kegunaannya yang hanya terlibat dengan cairan.
Rajah
5: Tamadun yang mempunyai unit ukuran yang paling sistematik
Graf bar di atas menunjukkan tamadun yang
mempunyai unit ukuran yang paling sistematik. Selepas Dinasti Qin dalam tamadun
Cina, semua unit ukuran telah disatukan. Ini telah mengukuhkan kedudukannya
sebagai tamadun yang memiliki unit pengukuran paling sistematik.
Rajah
6: Pendedahan pelajar terhadap instrumen yang digunakan
Graf bar di atas menunjukkan pendedahan
pelajar terhadap instrumen yang digunakan untuk mengambil ukuran pada peringkat
awal tamadun. Keputusan di atas adalah berkaitan dengan bilangan calon yang
disoalselidik. Kebanyakan pelajar hanya mengetahui tentang instrumen ukuran
daripada orang tua mereka.
Rajah
7: Menunjukkan tamadun yang mempunyai unit ukuran yang paling canggih
Graf bar di atas menunjukkan tamadun yang
mempunyai unit ukuran yang paling canggih pada zaman dahulu. Tamadun india
menitikberatkan kepada matematik sejak awal lagi, aktiviti harian mereka
berkaitan dengan matematik tanpa mengira apa saja perkara. Ini membawa kepada
pemilikan unit ukuran yang tercanggih.
Rajah
8: Menunjukkan pendapat tentang sama ada sistem pengukuran merangsangi
tamadun
manusia ataupun tamadun manusia memajukan sistem pengukuran.
Graf bar di atas menunjukkan pendapat
tentang sama ada sistem pengukuran merangsangi tamadun manusia ataupun tamadun
manusia memajukan sistem pengukuran. Tamadun Cina tidak begitu dirangsangi oleh
sistem pengukuran kerana sistem pengukurannya banyak dimajukan oleh para
pemerintah dinasti-dinasti.
Pemahaman sains pengukuran dalam
tamadun pelbagai membawa kepada pembentukan sistem
pengukuran baru. Tujuan ciptaan sistem pengukuran bagi
setiap tamadun adalah sama iaitu untuk
membolehkan manusia menilai kuantiti sesuatu bahan. Hasil kajian
ini juga dapat mencerminkan tahap pemahaman dan pandangan pelajar UTeM terhadap
sains ukuran, timbangan dan sukatan. Walaupun sains ukuran, timbangan dan
sukatan tidak menonjolkan dari segi budaya yang masih dapat diperlihatkan pada
masa kini, sains ini juga merupakan warisan daripada ketamadunan manusia yang
berharga.
Rujukan
http://violetthenusyameasurement.blogspot.com/2011/02/tugasan-1-jisim.html
http://panglimakahfi.blogspot.com/2008/07/sukatan-timbangan-dan-ukuran-mengikut.html
http://history.cultural-china.com/en/56H2758H7995.html
http://history.cultural-china.com/en/56History2758.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_units_of_measurement
http://en.wikipedia.org/wiki/Hindu_units_of_measurement
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_measurement_systems_in_India
Ramlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin
Samuri, Muslimin Bin Fadzil. (2010). Sejarah
Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & KPM.
Zulkifli Abd.Ghaffar. Focus 2009. Excel Tingkatan 4. Johor
Bharu: Pelangi Sdn Bhd.
MZ Zainudin, Yong Sing Xing, Lee Yi
Ming, Lim Chen Chuan, Tiong Lee Ung, Parvinthiran A/L Anpalakan
No comments:
Post a Comment