Monday, July 13, 2015

Aura personaliti warna








Penulis: Mir Hazril Azran Ramli
Tahun: 2008
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 178

Kita sering terpukau dengan keindahan pelangi. Kita juga sering terpukau dengan indahnya alam ini. Birunya langit menenangkan jiwa kita. Hijaunya pohon menyegarkan perasaan kita. Itulah kuasa warna. Ia bukan sekadar menyerikan, ia juga memberi kesan kepada psikologi manusia.

Namun, mampukah warna menghuraikan tentang personaliti manusia?

Mampukah warna menjelaskan kecenderungan kita? Persoalan inilah yang dijawab dalam Aura Personaliti Warna ini.

Setiap manusia mempunyai personaliti yang unik. Ia dikenali sebagai aura. Aura Personaliti Warna menghuraikan tentang personaliti individu berdasarkan warna aura mereka. Melaluinya, kita dapat mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara diri sendiri dengan orang lain. Melaluinya juga kita dapat membongkar kecenderungan, kekuatan dan kelemahan diri. Semua maklumat itu dapat membantu kita dalam menulis skrip hidup bagi mencapai kecemerlangan peribadi.


No comments:

Post a Comment