Friday, June 27, 2014

Pilih kerja








Ramai yang mengeluh kerana hidup yang susah. Memanglah sesiapa pun tidak boleh kata kehidupan ini sesuatu yang mudah tetapi satu-satunya cara untuk keluar daripada masalah ialah dengan rajin bekerja. 

Buatlah apa-apa kerja yang boleh memudahkan kehidupan. 

Apabila kita sedar bahawa rajin bekerja adalah penyelesaian kepada hidup yang susah, kita akan berhenti merungut kerana rungutan tidak akan menyelesaikan masalah hidup ataupun tidak akan menjadikan kita orang yang senang. 

Ada orang yang memilih kerja dan sehingga setahun masih lagi belum mendapat pekerjaan yang serasi dengan dirinya. 

Ada orang yang bekerja apa sahaja pekerjaan yang dia dapat untuk sementara waktu supaya mendapat pengalaman dan pendapatan biarpun tidak setaraf dengan kelulusan akademik. 

Maknanya lebih baik bekerja daripada tidak bekerja atau menganggur.




No comments:

Post a Comment