Sunday, June 22, 2014

Aktifkan promosi PDK







Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang kurus kering dan tidak terurus di Nilai, Negeri Sembilan amat megejutkan kita. Gambar remaja berkenaan disiarkan oleh media menunjukkan keadaannya umpama kanak-kanak yang biasa kita lihat di negara yang menghadapi krisis makanan khususnya di benua Afrika.

Tahniah diucapkan kepada pengarah dan kakitangan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang menemui remaja itu dan mengambil langkah yang tepat dan berkesan apabila merujuknya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Lawatan susulan pengarah jabatan itu untuk meninjau keadaan Mohd Firdaus amat besar ertinya iaitu menunjukkan ehsan dan keprihatian beliau terhadap keadaan remaja berkenaan.

Di sebalik gesaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak OKU supaya menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dipedulikan oleh segelintir ibu bapa sebaliknya lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri dan menguruskan sendiri keadaan anak mereka. Hal ini mungkin disebabkan sikap malu dan rasa terhina kerana memiliki anak OKU.

Kementerian berkenaan patut meneruskan kempen dan informasi memberi galakan kepada ibu bapa, penjaga malah jiran-jiran yang mempunyai maklumat berkenaan anak-anak OKU supaya mendaftarkan anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh anak tersebut di samping kelaurganya. Antara kemudahannya ialah bantuan bulanan, diskaun perkhidmatan, kad keahlian OKU dan juga kemudahan kesihatan.

Menteri yang bertanggungjawab juga harus sedar bahawa masyarakat lebih mudah menyalahkan agensi kerajaan apabila ada kes sebegini tanpa mendapat maklumat lebih lanjut. Justeru agensi berkenaan perlu bersedia untuk melakukan kerja lebih masa mencari individu OKU di semua peringkat masyarakat.

 

No comments:

Post a Comment