Monday, June 30, 2014

Ending poverty in South Asia: Ideas that work









Editor: Deepa Narayan, Elena Glinskaya
Tahun: 2007
Penerbit: Bank Dunia, Washington, Amerika Syarikat.
Muka Surat: 400

Dua dekad yang lepas menyaksikan perubahan yang sangat ketara dalam kalangan negara-negara di Asia Selatan. Semua negara ini merasai kadar pertumbuhan yang pesat berbanding dekad-dekad sebelumnya di samping penurunan kadar kemiskinan, mereka juga menunjukkan penambahbaikan dalam kehidupan ratusan juta rakyat miskin. 


Kadar pertumuhan yang berpanjangan merentas negara berlaku disebabkan pelbagai faktor mengikut keadaan negara tetapi elemen yang dikongsi bersama adalah penyesuaian terhadap reformasi ekonomi yang melibatkan pemikiran semula terhadap pendekatan-pendekatan sebelum itu. Reformasi di Asia Selatan dilihat berasaskan keadaan setempat, berterusan dan dilingkungi oleh reka bentuk semula dan perubahan yang berterusan.

Dasar ekonomi yang terbuka adalah faktor umum dalam reformasi dalam kalangan negara-negara Asia Selatan yang diiringi oleh keterbukaan idea-idea baru. Salah satu elemen baru adalah galakan mencetuskan ruang untuk inovasi, kesegaran berfikir dan bereksperimen dengan skop yang lebih besar untuk proses desentralisasi. Keadaan ini memberikan individu yang bervisi jauh dapat berfikir kaedah baru bagi membantu golongan miskin membaiki taraf hidup mereka.

Buku ini mengenengahkan 12 eksperimen berkenaan di India, Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan. Sesetengah daripadanya telah dijadikan kenyataan.

Buku ini hanya memberikan pengalaman kepada pembaca untuk melihat dan menilai kerangka kerja bagi melaksanakan kajian kes yang sama merentas negara. Pembelajarannya adalah kompleks dan pelaksanaannya perlukan banyak pengubahsuaian supaya menepati kehendak tempatan.



No comments:

Post a Comment