Kerja kuat baru boleh makan sedap-sedap |
Kita dapat apa yang kita usahakan sahaja. Kalau bekerja sendiri, keluar pagi-pagi, buat jualan, jumpa pelanggan dan petang baru balik rumah.
Insya Allah kalau strategi berjaya, kita akan dapat ganjarannya. Dalam zaman internet, goyang kaki pun boleh dapat wang kerana sistem pemasarannya tidak perlukan keluar pagi-pagi.
Bekerja dengan orang ada juga ganjarannya.
Contoh, kesungguhan bekerja akan dapat dilihat, produktiviti kerja dinilai dengan kesempurnaan dan kecemerlangan diukur dengan kecekapan kos dan sebagainya.
Tidak mungkin duduk-duduk, lepak-lepak di rumah, siang tidur dan malam berjaga akan dapat habuan yang lumayan. Orang seperti ini hanya menghabiskan beras, tidak produktif, tidak ada keberanian untuk mewujudkan iklim hidup yang lebih cergas.
Kalau orang lain yang berusaha gigih menjadi senang-lenang, orang yang duduk-duduk saja tentulah menjadi papa kedana.
No comments:
Post a Comment