Nilai dan kepercayaan
tentang kemiskinan mempengaruhi kaedah yang dipilih untuk mencegah kemiskinan.
Idea kepercayaan ini dapat dikelompokkan dalam tujuh kategori iaitu pengajaran
agama tentang kebajikan, kemiskinan adalah jenayah, kemiskinan sebagai motivasi
hidup, pendekatan modal insan, budaya kemiskinan, peluang-peluang yang terhalang
dan miskin selama-lamanya.
Pengajaran
agama tentang kebajikan
Kebajikan
menjadi sebahagian daripada topik penting dalam ajaran agama-agama di dunia.
Buddhisme mengajar bahawa “emancipation
of the art through love and charity” adalah lebih baik daripada menjadi
warak. Dalam Islam, kebajikan adalah kerana Allah dan tangan yang memberi lebih
baik daripada tangan yang menerima. Agama Yahudi melihat orang miskin wajar
menerima keadilan iaitu orang miskin ada hak untuk menerima kebajikan. Manakala
dalam Kristian, mengambil berat hal ehwal orang miskin adalah berkaitan dengan
keadilan dan kebajikan.
Pendekatan
agama dalam kemiskinan tidak cuba menerangkan kenapa sesetengah orang miskin
dan sesetengahnya tidak miskin. Kemiskinan dilihat sebagai keadaan masyarakat
keseluruhan bagi menawarkan peluang dan melaksanakan kebajikan dalam pelbagai
bentuk. Pandangan ini amat bertentangan dengan pendekatan yang melihat
kemiskinan sebagai jenayah.
Kemiskinan
adalah jenayah
Tindak balas
yang lebih keras terhadap kemiskinan adalah kepercayaan bahawa sebahagian
daripada orang miskin adalah pemalas dan perlu dihukum untuk mengatasi masalah
hidup mereka. Kumpulan miskin yang dimaksudkan ini ialah individu yang sihat
tetapi tidak mahu bekerja. Salah satu pendapat Alexis de Tocqueville selepas
melawat Amerika Syarikat sebagai sebuah sebuah negara baru ialah terdapat hanya
satu jenayah di negara itu iaitu menjadi miskin. Di England, pada abad ke-16,
individu yang sihat tetapi menjadi peminta sedekah dikenakan hukuman sebat.
Pendekatan
moden terhadap orang miskin jarang sekali bersifat demikian. Orang miskin hari
ini tidak lagi disebat tetapi dimalukan dan dipisahkan seperti tindakan pejabat
kebajikan New York dalam notis di pintu pejabat: “Tidak kira pukul berapa temu janji anda, jika anda tidak berada di
sini ada pukul 8.30 pagi, anda tidak akan dilayan.”
Kemiskinan
sebagai motivasi
Sesetengah
pihak berpendapat tidak ada kemiskinan individu sebaliknya kemiskinan di
peringkat keluarga, komuniti dan negara keseluruhannya. Namun, individu tidak
dibiarkan menghadapi saat-saat miskin seorang diri dan tidak pula diasing dan
dibeza-bezakan. Konsep kemiskinan sebagai satu bentuk motivasi sangat diberi
perhatian dalam ekonomi kapitalis kerana mereka perlukan kelompok miskin untuk
memenuhi pasaran buruh. Kuat bekerja dan ada sifat malu dikaitkan dengan
pengangguran adalah faktor pendorong yang membuatkan pekerja sanggup menerima
gaji yang lebih rendah dan bersedia untuk bekerja dalam suasana kurang selesa.
Pendekatan
modal insan
Sesetengah
pihak pula menghuraikan dengan panjang lebar bahawa kemiskinan amat akrab
dengan kemahiran, pendidikan dan pengalaman ataupun diistilahkan sebagai “modal
insan” yang dibawa oleh seseorang ke dalam pasaran kerja. Menurut pandangan
ini, orang miskin adalah mereka yang tidak punya atau tidak cukup kemahiran dan
pengalaman kerja. Kedua-duanya iaitu individu atau komuniti tidak
bertanggungjawab terhadap kemiskinan.
Dengan kepesatan perubahan teknologi, pekerja perlu sentiasa mengembangkan kemahiran-kemahiran baru, jika tidak, mereka tidak dapat bersaing dalam pasaran kerja dan kebarangkalian untuk dibuang kerja sentiasa ada. Seterusnya, pekerja ini mendapat gaji yang rendah dan dikatakan “dead end” iaitu tidak mendapat pendidikan atau latihan kemahiran yang boleh mendorong ke arah mendapat kerja yang lebih baik.

Pengukuran
tahap pendidikan dengan kadar kemiskinan seringkali menjadi perhatian. Jelas,
orang yang berpendidikan tinggi menikmati risiko yang amat rendah untuk menjadi
miskin. Satu cara yang popular untuk menguragkan kemiskinan melalui konsep ini
ialah intervensi yang dikaitkan dengan latihan dan pendidikan kepada kelompok
miskin. Pendekatan ini sangat berkesan dalam negara yang sedang berkembang maju
khususnya negara dunia ketiga yang masih berusaha menyediakan peluang
pendidikan kepada rakyat masing-masing.
Budaya
kemiskinan
Istilah
budaya kemiskinan telah dicetuskan oleh Oscar Lewis, seorang pengkaji yang
membuat kajian ke atas keluarga miskin di Mexico dan Puerto Rico. Baginya,
budaya kemiskinan ialah penyesuaian dan tindak balas orang miskin terhadap
peminggiran hidup dalam kelas sosial komuniti, bersifat individu dan cenderung
kepada ekonomi kapitalis. Ia mewakili suatu usaha yang dicakupi oleh sifat
tidak ada harapan dan kecewa yang terbina daripada keadaan tidak berupaya
mencapai kejayaan mengikut nilai dan matlamat komuniti yang lebih besar.
Budaya
kemiskinan dilihat sebagai set nilai yang muncul dalam konteks tidak ada
harapan. Nilai-nilai ini merangkumi orientasi masa kini yang nampaknya perlu
diberi perhatian dalam jangka masa panjang. Pandangan ini melihat kemiskinan
disebabkan oleh sifat malas, persepsi hidup yang singkat dan tidak ada kegembiraan.
Tingkah laku miskin yang ditunjukkan adalah penyesuaian terhadap kehidupan yang
turun-temurun dalam kemiskinan.
Antara tingkah laku ini penagihan dadah, hamil di luar nikah dalam kalangan remaja, jenayah dan kegagalan rumah tangga. Mangsa kemiskinan tidak dapat menggunakan peluang yang ada disebabkan oleh tidak mampu lagi membaiki kerosakan dalam budaya hidup mereka. Keinginan untuk merancang masa depan hampir tidak ada kerana nilai-nilai tadi telah mempengaruhi pemikiran mereka. Jalan keluar kepada budaya ini ialah pendidikan kepada generasi muda dan mengajar kanak-kanak tentang nilai-nilai baru yang lebih baik.

Halangan
peluang
Teori ini
muncul pada abad ke-21 yang memberi tumpuan kepada halangan-halangan struktur
yang menyekat individu daripada mendapat pendidikan dan pekerjaan untuk
memperoleh pendapatan. Konsep ini melihat terdapat diskriminasi institusi
berasaskan gender, bangsa atau ciri-ciri lain yang menghalang kepada pencapaian
pendapatan yang meningkatkan risiko kemiskinan.
Antara
anggapan ini ialah ketua ini rumah wanita lebih banyak halangannya berbanding
lelaki, bangsa selain Caucasians lebih miskin, orang kurang upaya cenderung
berpendapatan kurang dan kanak-kanak yang membesar tanpa cukup pemakanan
menghadapi kemungkinan miskin adalah lebih besar.
Miskin
selama-lamanya
Idea ini
tidak unik dalam abad ke-20. Di bawah konsep ini, sistem kebajikan mewujudkan “pauper” atau orang miskin selama-lamanya
iaitu kepercayaan bahawa kebajikan tidak melenyapkan kemiskinan tetapi
menyebabkan kemiskinan dengan membentuk sikap bergantung kepada sistem yang
memusnahkan keinginan untuk bekerja.
Ancaman besar
kepada dasar kemiskinan ialah hubungan yang sangat rapat antara nilai dan kepercayaan
serta kerangka intervensi untuk mencegah atau menghalang kemiskinan. Apabila
kemiskinan dilihat sebagai peluang untuk lebih ramai merasai keselesaan hidup,
kebajikan dilihat dengan pandangan terbuka. Apabila kemiskinan dilihat sebagai
satu jenayah, tindak balasnya ialah hukuman. Jika kemiskinan adalah sebagai
motivasi yang mendorong kepada pekerjaan, ia satu tindakan sangat penting.
Jika kemiskinan adalah hasil daripada pengehadan kepada sumber manusia, jawapannya adalah pendidikan dan latihan kepada orang miskin. Jika wujud budaya kemiskinan, nilai dan kepercayaan dalam diri kanak-kanak dan orang dewasa dengan pendapatan rendah mesti diubah. Jika kemiskinan adalah hasil daripada peluang yang terhad, mendapat kesaksaman peluang dapat meleraikan masalah ini. Jika kemiskinan disebabkan oleh kebajikan, jadi, dasar sosial harus mengurangkan penderitan orang miskin.

No comments:
Post a Comment