Setiap masalah perlu cari penyelesaian |
Lelaki itu menceritakan tentang keluarganya yang sudah musnah kerana kesalahannya sendiri. Lama juga Richard merasa kesal dan kecewa serta sangat susah memaafkan dirinya.
Realiti hidup juga begitu.
Biasanya kita lebih mudah memaafkan kesalahan orang lain berbanding diri sendiri. Dikatakan orang yang sangat susah memaafkan dirinya ibarat orang yang sering membawa bakul berat di atas bahunya. ke mana sahaja dia pergi, akan dibawa sekali bakul tersebut.
Mungkin dengan cara ini dia berfikir itulah cara yang paling baik untuk menghukum dirinya daripada kesilapan-kesilapan lepas.
Namun sebenarnya cara ini sangat tidak berkesan dan membebankan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment