Saturday, August 11, 2012

Hidup mesti cekal





Cekal dan tabah bermula sejak kecil


Hidup ada pasangannya. Lelaki pasangannya perempuan, kaya pasangannya miskin, ada orang baik dan ada orang jahat, ada untung dan ada rugi, ada yang pemaaf dan ada yang berdendam. Maknanya, setiap satu ada pasangan masing-masing.

Ada masanya ktia hidup dengan kesusahan duit gaji hujung bulan habis untuk membayar hutang, macam-macam hutang lagi.

Ada masanya kita kerap ulang-alik ke hospital kerana ada masalah kesihatan seperti jantung tidak kuat, buah pinggang bocor atau paru-paru berair.

Lain-lainnya seperti kahwin tidak jadi, anak lari dari rumah, bermasam muka dengan jiran dan sebagainya.

Ubat kepada semua ini ialah tidak berputus asa dengan rahmat Allah swt, hidp mesti cekal, mesti tabah dengan setiap kejadian.


No comments:

Post a Comment