Fikir untuk selesai masalah |
Setiap orang ada masalah hidup masing-masing. Ada yang sedih kerana belum dapat kerja, ada yang sedih kerana gaji sikit walaupun sudah lama bekerja.
Ada yang sedih kerana belum jumpa jodohnya, ada ibu bapa yang sedih kerana memikirkan tingkah laku anak-anak yang liar, ada juga yang rungsing memikirkan hutang keliling pinggang.
Biar apa pun kesedihan hidup, kita mesti hadapi. Kesedihan hidup ini mesti disandarkan kepada pencetus kepada masalah ini iaitu Allah swt yang ingin menguji sejauh mana kita sabar.
Allah swt mahu kita merasai susah payah hidup supaya kita dapat berdoa kepada-Nya, Allah swt mahukan kita sujud kepada-Nya.
Inilah hikmah pada orang yang banyak berhadapan dengan maslah hidup. Ujian Allah swt akan menjadikan kita lebih matang.
No comments:
Post a Comment