Tindakan susulan perlu menyedarkan pelaku salah laku |
Walaupun setiap orang membuat salah dan silap, namun tidak semuanya dapat menerima dan mengakui kesalahan masing-masing.
Alangkah baiknya kita belajar untuk memaafkan diri sendiri. Bagi yang sangat susah hendak memaafkan diri sendiri, ada empat tip untuk mula memaafkan diri.
Pertama, kembali buka hati. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang lebih positif dan masuk akal untuk buat yang lebih baik.
Kedua, cuba kembali sayang pada diri sendiri. Ingatkan kelebihan dan kekuatan diri kerana nilai-nilai ini boleh mendorong diri untuk lebih menghargai diri.
Ketiga, hentikan rasa bersalah dengan menyalurkan emosi kesalahan itu kepada hal-hal lain yang lebih produktif seperti banyak membantu orang.
Keempat, selalu amalkan budaya memaafkan kesalahan. Insya Allah kita juga akan memaafkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment