Tuesday, August 14, 2012

Paradigma baru dalam bisnes





Paradigma lama akan kalah dalam persaingan


Jika kita berjalan-jalan melihat kedai-kedai di bandar, macam-macam perkhidmatan, produk dan jenis bisnes yang ada.

Pengamatan saya terhadap bisnes 10 tahun yang lepas dengan bisnes pada tahun ini, saya boleh katakan ada dua jenis atau dua aliran pemikiran. Bisnes yang masih ada hingga sekarang berada dalam kategori pertama iaitu  paradigma baru.

Dan bisnes yang "hidup segan mati tak mahu" dalam kategori kedua iaitu paradigma lama.

Paradigma bermaksud kerangka pemikiran. Paradigma baru dengan kerangka pemikiran baru seperti menggunakan elemen IT dalam urusan bisnes, pelbagaikan kaedah pemasaran dan pentadbiran gaya korporat.

Paradigma lama sangat terhad dan dalam persaingan, bisnes dengan paradigma lama akan kalah.


 

No comments:

Post a Comment