Monday, August 13, 2012

Teliti dengan kerja untuk cemerlang




Cemerlang berbeza dengan malang
Ada banyak sebab kenapa orang-orang yang cemerlang menjadi cemerlang.

Ada ramai lagi yang berusaha hendak menajdi cemerlang tetapi berakhir menjadi malang.

Setiap kali diberi tugasan, orang yang cemerlang biasanya sangat teliti dengan hasil kerja mereka. Hasil kerja sentiasa diperiksa berkali-kali supaya puas hati.

Dalam bahasa Inggeris dipanggil "confirm and reconfirm, check and double check". Sentiasa menilai seperti ini akan membantu meningkatkan kualiti kerja dan menambah kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan atau produk kita.

Tabiat beginilah yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal atau biasa-biasa saja.


No comments:

Post a Comment