Berbincang adalah satu kaedah untuk selesaikan masalah |
Hidup perlukan masalah kerana masalah mencetuskan cabaran.
Orang yang enggan berfikir terhadap masalah, biasanya telah berada dalam zon selesa. Tidak mahu lagi berhadapan dengan dunia cabaran.
Masalah memang memeningkan kepada tetapi memiliki masalah menjadikan hidup lebih baik. Masalah menggerakkan saraf-saraf minda untuk berfikir, mencari maklumat, mencari penyelesaian dan membuat tindakan.
Sebaik sahaja saraf-saraf minda mula bergerak, hidup kita mula dinamik, lebih agresif dan menggerakkan usaha untuk menyelesaikan cabaran.
Jadi, jangan takut berhadapan dengan masalah.
No comments:
Post a Comment