Oleh Karim Raslan
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Sasterawan
Negara Shahnon Ahmad mengisahkan sebuah keluarga pesawah menunggu kedatangan
hujan dengan sabar, namun akhirnya kecewa kerana ia tidak tiba. Ini mungkin
hanya mainan pena Shahnon yang dramatik.
Berkurun lamanya, musim monsun di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan kehidupan - menyegarkan dan bermanfaat, malah kedatangan hujan acap kali ditunggu.
Namun, bah yang melanda Bangkok beberapa minggu ini, mengingatkan kita hujan itu tidak selalunya menyegarkan. Sememangnya, pengurusan air yang bagus melalui saliran dan empangan selama ini membawa kemajuan dan kemakmuran wilayah tanah rendah dan jelapang padi di delta sekitar Sungai Chao Praya, Brantas dan Mekong.
Namun, sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pembangunan pesat seperti pembinaan kawasan perumahan, jalan raya dan taman perindustrian di atas tanah pertanian menyebabkan air hujan kehilangan tempat bertakung.
Pada masa sama (dan ihsan pemanasan global) alam sekitar menjadi semakin ekstrem dan tidak menentu. Hujan datang kadangkala terlalu lebat, dan ada kalanya tiada langsung. Ini memeningkan pengkaji cuaca kerana menyukarkan mereka membuat ramalan tepat dan memberi amaran awal.
Banjir di Thailand kini merupakan amaran kepada negara-negara lain di rantau ini. Badai yang melanda hanya selang beberapa minggu setelah banjir dan bencana alam di Filipina dan Jawa, memberi peringatan kepada kita tentang betapa terdedahnya kawasan persisiran yang rendah dan padat kepada ancaman bencana alam. Boleh dikatakan hujan kini, selain membawa rahmat, juga menjadi pembawa maut!
Dalam kita mengadaptasikan diri kepada perubahan ini, kita perlu bertanya adakah pembuat dasar di Asean ini sudah tersilap langkah dalam menangani bencana ini?
Untuk bertahun lamanya, kerajaan di Asean telah mengambil pertumbuhan alam sekitar dan ekonomi sebagai dua agenda eksklusif: hanya satu saja boleh dipilih.
Kita bersama-sama mengutuk hipokrasi negara Barat, yang mengajar negara-negara membangun tentang pembangunan lestari, walhal mereka masih terus melakukan pencemaran alam sekitar.
Secara jujur pada awalnya, saya skeptik tentang gerakan ‘hijau’ menyelamatkan alam sekitar. Saya merasakan perjuangan kumpulan ini tidak mempunyai fokus. Pada pendapat saya ia hanya satu wadah untuk golongan kelas menengah mengurangkan rasa bersalah atau rencana negara maju dan korporasi besar untuk ‘membunuh’ pesaing mereka. Tetapi, kerosakan kepada alam sekitar menyebabkan saya memikirkan semula pandangan itu.

Masyarakat Thai berdebat tentang punca bencana
kali ini. Adakah ini kerana sikap berhati-hati mengatasi kemarau di mana air di
empangan disimpan dengan banyak tanpa ambil kira taburan hujan yang tinggi di
akhir tahun? Atau adakah ini kerana pembangunan di kawasan tanah rendah terlalu
mampat? Atau mungkin juga kegagalan untuk mengantisipasi perubahan kepada
taburan hujan?
Apa pun sebabnya, tidak dinafikan aktiviti manusia di rantau ini dan juga seantero benua Asia- menebang hutan dan urbanisasi, melumpuhkan benteng pertahanan kita terhadap bencana alam.
Pendek kata, pengurusan alam sekitar yang lemah akan menyebabkan kehancuran ekonomi. Misalnya, kehilangan dianggarkan akibat banjir Thailand ini mencecah 500 bilion baht dan akan memotong anggaran pertumbuhan ekonomi tiga peratus.
Banjir, tanah runtuh, pencemaran udara dan kemarau menjadikan orang biasa- peladang dan nelayan, semakin risau akan perkembangan alam sekitar yang memberi impak langsung kepada punca rezeki mereka.
Ini memperkuatkan lagi perjuangan gerakan ‘hijau’- termasuk di negara autoritarian seperti China. Demonstrasi oleh 12,000 penunjuk perasaan di Dalian Ogos lalu menyebabkan penutupan kilang bahan kimia di bandar perindustrian dan pro-pelabur itu.
Sememangnya, bencana alam merupakan indikator kegagalan sesebuah kerajaan dalam menguruskan khazanah alam, ekosistem dan sumbernya.
Ahli kongres veteran Filipina, Walden Bello pernah berkata- “orang Asia bukan lagi menerima membuta tuli bahawa model ekonomi industri berasaskan eksport tinggi seperti dipromosikan oleh golongan elit Barat adalah model ekonomi yang berjaya. Kini kita dapat melihat model ini telah memusnahkan industri tani, meluaskan jurang pendapatan dan kemiskinan, terutama selepas krisis kewangan Asia- malah ia juga memusnahkan alam sekitar.”
Kita tidak seharusnya duduk diam menanti bencana seperti di Thailand, atau bencana lebih besar datang menimpa, sebelum mengambil tindakan.

(Sinar Harian, 1 November 2011)
No comments:
Post a Comment