Pengedali telefon selular menghantar dua pesanan ringkas
multimedia ke telefon bimbit mengingatkan saya awal muharam tahun baru Hijrah.
Corak grafiknya sangat menarik kerana menunjukkan ciri-ciri Islamik dan seperti
hari raya. Ternyata, kiriman MMS seperti itu membuatkan pengguna berasa
dihargai.
Faktor utama kepada perubahan ini ialah politik dan pendidikan. Orang Islam di Malaysia tidak punya kuasa ekonomi yang kuat tetapi boleh berbangga dengan kuasa politik dan undi majoriti. Perancangan yang berterusan dalam jangka masa panjang dengan mengutamakan pendidikan telah mendapat hasilnya pada hari ini.
Rata-ratanya generasi muda Islam sudah mendapat pendidikan asas dan beribu-ribu lagi sedang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Kuasa yang diperolehi melalui politik telah membantu umat Islam lebih perkasa dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Penentu kepada kejayaan umat Islam adalah politik, justeru kejayaan yang sedang dikecapi ketika ini adalah kerana kuasa berada dalam kalangan orang-orang Islam.
Tahun baru Hijrah adalah sebahagian daripada tarikh penting
dalam kalendar umat Islam. Ia menjadi pencetus kepada perubahan hidup khususnya
transformasi minda. Kerana itulah, setiap kali sambutan Maal Hijrah di
Malaysia, ketua negara dan ketua kerajaan menjadi tetamu kehormat bagi
menyampaikan ucapan dan hadiah kepada tokoh-tokoh yang dipilih. Majlis sambutan
tersebut semakin mendapat perhatian apabila kategori hadiah diperluaskan kepada
bukan Islam.
Tahun baru menjadi titik tolak kepada perubahan diri dan
hidup umat Islam di Malaysia. Sejak merdeka, keadaan umat Islam khususnya orang
Melayu semakin baik. Jika dulu kemiskinan menjadi sahabat karib, kini kekayaan
dan kemakmuran hidup menjadi teman akrab. Di sana sini kehidupan mereka
bertambah senang. Usaha yang kuat, pengorbanan
diri dan strategi pembangunan yang berkesan telah membantu masyarakat Islam
keluar daripada belenggu kemiskinan dan kesusahan hidup.
Faktor utama kepada perubahan ini ialah politik dan pendidikan. Orang Islam di Malaysia tidak punya kuasa ekonomi yang kuat tetapi boleh berbangga dengan kuasa politik dan undi majoriti. Perancangan yang berterusan dalam jangka masa panjang dengan mengutamakan pendidikan telah mendapat hasilnya pada hari ini.
Rata-ratanya generasi muda Islam sudah mendapat pendidikan asas dan beribu-ribu lagi sedang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Kuasa yang diperolehi melalui politik telah membantu umat Islam lebih perkasa dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Penentu kepada kejayaan umat Islam adalah politik, justeru kejayaan yang sedang dikecapi ketika ini adalah kerana kuasa berada dalam kalangan orang-orang Islam.
Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kesatuan umat Islam
masih lagi utuh dan kuat. Kekuatan perpaduan ini yang menjadi tulang belakang
kepada kejayaan Malaysia, berbeza dengan negara-negara pelbagai etnik yang
lain.
Selatan Thailand bergolak kerana tidak ada perpaduan yang kuat antara etnik-etnik yang berlainan bahasa, cara hidup dan agama. Malaysia, walaupun memiliki etnik yang berbeza latar belakang yang besar, tidak menjadi seperti Thailand yang telah memaksa penduduk Islam menukar nama kepada nama-nama berunsur Siam. Akhirnya, umat Islam hilang jati diri dan elemen kemelayuan sedikit demi sedikit hilang.

Insya Allah, perpaduan menjadikan umat Islam di Malaysia
lebih kuat dan mampu menghadapi bermacam-macam cabaran. Di sinilah yang
menjadikan mereka lebih giat berusaha untuk memacu kejayaan bangsa supaya lebih
dihormati. Apatah lagi, dengan Islam sebagai cara hidup, umat Melayu akan terus
gagah dan kuat.
No comments:
Post a Comment