Panggilan Allah swt untuk menemuiNya berlaku bila-bila masa saja. Masa sihat, sakit sikit-sikit apatah lagi masa sakit tenat dan kritikal. Masa sihat, Allah swt menjemput seseorang melalui asbab kemalangan kecil-kecilan seperti jatuh motorsikal dan batuk-batuk. Sakit sikit-sikit pula berkaitan penyakit lama tetapi bertahan dengan makan ubat-ubatan yang disyorkan doktor. Setiap hari ada ribu-ribu orang mati kerana pelbagai sebab.
Pertalian hati antara orang yang hidup dengan orang hendak mati
sentiasa kuat malah dikatakan sebagai kebetulan berlakunya sesuatu yang tidak
disangka-sangka. Contohnya, saya sendiri melalui dua kejadian yang mungkin
dikatakan sebagai kebetulan.
Pertama, permohonan cuti panjang diluluskan. Cuti ini untuk balik kampung, rileks-rileks. Selang sehari di kampung, ada orang maklumkan saudara terdekat baru meninggal dunia kerana kompilasi kencing manis.
Kedua, cuti panjang juga untuk urusan keluarga, baru sahaja sehari cuti, makluman ada saudara dekat baru sahaja meninggal dunia kerana kompilasi kencing manis. Kemungkinan besar kekurangan gula dalam darah. Terus menghala kereta ke arah kampung.

Statistik menunjukkan hampir tiga juta rakyat Malaysia
berhadapan dengan penyakit kencing manis. Ia tidak kira siapa kerana penyakit
ini ada teman rapatnya iaitu cara hidup.
Sama ada berjawatan besar atau kecil, sama sahaja. Kalau hidup tidak pernah atau jarang-jarang membuat latihan jasmani, kerap bekerja dan kurang pergerakan badan untuk mengeluarkan peluh, mudahlah kencing manis hendak muncul dalam badan. Bayangkan kalau sudah dua bulan badan tidak berpeluh, macam mana hendak menjadi orang yang sihat?

Menjaga kesihatan diri umpama menjaga emas sebukit. Diri adalah
anugerah dan amanah Allah swt yang sangat berharga. Sekali mendapat penyakit
yang berpunca daripada amalan hidup kita, sangat sukar hendak diganti organ-organ
yang bermasalah ini.
Justeru jadikan kehidupan kita suatu yang indah dan bererti.
Justeru jadikan kehidupan kita suatu yang indah dan bererti.
No comments:
Post a Comment