Perbuatan dan tindakan yang dilakukan pada
masa muda, lazimnya menjadi tabiat yang sukar dibuang ketika umur meningkat
tua. Contohnya, orang muda yang bangun awal setiap hari akan berbuat demikian
walaupun umurnya sudah menjangkau 50 atau 60 tahun.
Cuba kita perhatikan, orang-orang tua yang telah lanjut usianya, selepas solat subuh akan membaca al-quran, tentulah tabiat ini dibawa sejak usia muda.
Cuba kita perhatikan, orang-orang tua yang telah lanjut usianya, selepas solat subuh akan membaca al-quran, tentulah tabiat ini dibawa sejak usia muda.
Ketika usia masih remaja, sebaik-baiknya kita
bina tabiat atau kelaziman yang dapat dibawa ke usia tua. Katakan kita suka
membantu membuat kebajikan, tolong orang susah atau memberi makan percuma
kepada orang miskin, besar kemungkinan kita juga suka menolong orang apabila
telah menjadi warga tua.
Seorang rakan saya yang hampir separuh abad umurnya masih lagi sanggup menjalankan kerja sukarela di Somalia kerana memang sifatnya dari muda suka membantu orang lain.
Dia tidak ada rasa letih dan merungut menguruskan ubat-ubatan atau memunggah barang-barang untuk dimuatkan ke dalam kapal terbang kerana memang begitu sikapnya terhadap manusia.

Bila ditanya kenapa dia bersusah-payah, lalu
dijawabnya, “saya dah buat kerja-kerja sukarela sejak sekolah menengah lagi.”
No comments:
Post a Comment