Monday, August 01, 2011

Kursus induksi, kehilangan



Berikan takrif ‘kehilangan’.
Kehilangan bermaksud aset yang tidak ada lagi dalam simpanan disebabkan oleh  kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, penipuan atau kecuaian pegawai awam.

Seorang pensyarah telah menghilangkan sebuah komputer riba semasa mengikuti kursus induksi di luar stesen. Beliau telah melaporkan kehilangan tersebut kepada anda selaku pentadbir di jabatan berkenaan. Terangkan tindakan-tindakan yang perlu anda dan pensyarah tersebut ambil mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan bermula dari hari kejadian dilaporkan.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah seperti berikut.

1. Pensyarah berkenaan mesti melaporkan kehilangan kepada pihak pentadbir (Ketua PTJ).
2. Ketua PTJ membuat laporan polis berkaitan kehilangan komputer riba dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan tersebut disedari.
3.  Ketua PTJ menyediakan Laporan Awal menggunakan borang Kew.PA-28.
4. Ketua PTJ melaporkan dengan segera dalam tempoh dua hari bekerja dengan menghantar Laporan Awal dan salinan laporan polis kepada pegawai pengawal tempat kehilangan iaitu Naib Canselor.
5. Salinan Laporan Awal dihantar kepada Bendahari, Bahagian Keselamatan dan Audit Dalaman.
6. Menunggu makluman seterusnya daripada Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira.

Apakah bentuk-bentuk pelupusan yang anda tahu. Senaraikan.

1. Jualan secara tender, sebut harga dan lelong.
Pihak jabatan boleh melupuskan dengan membuat jualan melalui pengeluaran tender, sebut harga dan lelong untuk memaklumkan kepada orang ramai. Cara ini dapat menarik bakal pembeli untuk membida seterusnya menjual aset berkaitan.
2. Jualan sisa
3. Tukar barang
Pihak jabatan menukar barangan yang hendak dilupus dengan barang lain yang memiliki nilai yang sama.
4. Tukar beli
5. Tukar ganti
6. Pindahan
7. Hadiah
Barang pelupusan boleh dihadiahkan kepada insitusi atau agensi mengikut tahap keperluan. Contohnya menghadiahkan karpet kepada surau dan sebagainya.
8. Memusnahkan secara ditanam, dibakar, dibuang atau ditenggelamkan.
Bagi kaedah ini, kebenaran daripada agensi seperti Jabatan Perikanan atau Jabatan Alam Sekitar diperlukan.
9. Bentuk lain pelupusan yang difikirkan bersesuaian.

No comments:

Post a Comment