Tuesday, August 02, 2011

Kursus induksi, aktiviti politik



Mengikut peraturan 21(1) dalam “Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002,” “seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional adalah dilarang mengambil aktif dalam aktiviti politik.’ Nyatakan lima (5) aktiviti politik yang dimaksudkan itu?
 
1. Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-parti politik.

2. Menerbit atau mengedar buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.

3. Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihan raya umum, pilihan raya kecil atau apa-apa pilihan raya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

4. Bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri.

5. Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

No comments:

Post a Comment