Bulan Ramadhan menjadi bulan penantian yang penuh bermakna bagi umat Islam. Bulan ini diyakini membawa rahmat kerana ganjarannya yang sangat banyak. Bayangkan satu pahala digandakan, satu huruf al-quran yang dibaca turut diberi ganjaran, mengucap bahasa dan perkataan yang elok-elok juga diganjarkan.
Pendek kata, apa-apa perbuatan yang baik diberi pahala berganda-ganda. Beruntunglah orang yang berpuasa dan melaksanakan seberapa banyak kebajikan yang dia mampu.
Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mencabar bagi umat Islam. Cabarannya bukan sebagai individu muslim sahaja malah cabaran sebagai satu umat yang bersatu. Jika kita membaca berita dan menganalisis isu-isu semasa, negara umat Islam yang majoriti sering menjadi tajuk besar.
Kebuluran di Somalia, pertelagahan kuasa di Libya, perbicaraan pemimpin yang zalim dan Mesir dan terbaru, serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza di Palestin. Semuanya berkait dengan kehidupan umat Islam pada bulan puasa. Andai kata Allah swt menguji kesabaran umat Islam, ia menjadi satu rahmat yang besar kepada mereka yang sabar.

Dalam kalangan masyarakat global, ramai juga yang tidak suka dan mengambil keputusan memusuhi umat Islam, melemparkan fitnah dan mencari jalan untuk menekan mana-mana negara Islam yang cuba menjadi jaguh. Orang kafir seperti ini tidak pernah berputus asa dan kepada mereka Allah berikan peringatan yang sangat bermakna. Allah swt sifatkan mereka sebagai makhluk bergerak yang bernyawa dan paling buruk.
Ayat 55 surah Al-Anfal menyebut, ‘Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir kerana mereka tidak beriman.’ Dalam bahasa yang mudah difahami, selagi mereka tidak beriman, gelaran yang paling buruk tetap kekal selama-lamanya. Biar pun mereka berjaya dalam bisnes, menjadi contoh dalam pelbagai bidang atau dapat menjuarai semua jenis pertandingan, kejayaan tersebut hanya sia-sia kerana tidak memberi sebarang faedah di sisi Allah swt.

Ada sifat lain yang Allah swt nyatakan dalam al-quran iaitu orang-orang kafir melindungi rakan mereka yang lain, malah tidak boleh dipercayai dalam sesetengah keadaan.
Umpamanya, jika mereka berjanji, amat mudah untuk memungkiri janji berkenaan tanpa ada rasa bersalah. Apabila mereka berhadapan dengan tindak balas umat Islam, mereka akan bersatu dengan apa sahaja cara supaya umat Islam dikalahkan. Tindakan mempengaruhi umat Islam supaya menjadi penganut agama mereka melalui majlis makan di rumah ibadat adalah siri terbaru kegiatan golongan itu yang tidak pernah jemu berusaha menyebarkan fikrah mereka.
Serbuan pihak berkuasa agama negeri digambarkan seolah-olah mereka yang betul sedangkan fungsi pihak berkenaan adalah memastikan tidak ada umat Islam yang dipengaruhi kelompok kafir ini yang menjadikan rahib dan Al-Masih, putera Maryam sebagai tuhan selain Allah swt. ‘Mereka menjadikan orang alim (Yahudi) dan rahib-rahib (Nasrani) sebagai tuhan selain Allah dan (juga) Al-Masih putera Maryam.’ [At-Taubah ayar 31].

Uat Isam adalah umat yang istimewa, menjadi umat pilihan kerana kesabaran mereka menjadikan Allah swt sebagai Rabb yang disembah. Kekuatan sabar ini sangat hebat sehinggakan sifat sabar ini diberi perumpamaan yang sangat banyak.
Orang yang sabar tidak akan rugi, orang yang sabar juga akan merasai kejayaan walaupun jarak masanya panjang. ‘Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh, dan jika ada 100 orang (yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan 1,000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.’ [Al-Anfal ayat 65].

No comments:
Post a Comment