Friday, September 06, 2013

Tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan halal di Malaysia: kajian kes di Melaka






1.0 Pengenalan
 
Makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut ketentuan syariat Islam. Segala sesuatu baik berupa tumbuhan, buah-buahan ataupun binatang pada dasarnya adalah hahal dimakan, kecuali apabila ada nas-nas al-quran atau al-hadis yang melarangnya. Ada kemungkinan sesuatu makanan menjadi haram kerana mengandungi mudarat atau bahaya bagi kehidupan manusia. Makanan halal merupakan keperluan yang cukup penting bagi umat Islam. Allah berfirman: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (QS. Al-Baqarah [2]: 168).
 
Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam semasa menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dan tercatat dalam al-quran. Beberapa peraturan lain ditetapkan melalui fatwa yang dibuat oleh mujtahid dengan berbagai-bagai peringkat ketegasan, namun tidak semua daripadanya diterima oleh golongan dalam Islam. Menurut al-quran, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang dikorbankan selain dengan nama Allah. 
 
Perkara berhubung halal dan haram telah dijelaskan dengan begitu nyata dalam al-quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, diwajibkan ke atas penganut beragama Islam untuk memilih yang halal. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100 peratus halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.
 
Dalam kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.
 
Di Malaysia, Jakim telah pun mewartakan badan-badan tertentu untuk menjaga produk-produk yang dikomersialkan dijamin halal. Mereka perlu memastikan bukan sahaja produk malahan dari sudut bahan, kaedah proses, kebersihan perlatan dan premis turut diambil kira. Semua ini bertujuan untuk memastikan makanan yang dikormesialkan kepada pengguna khususnya masyarakat Malaysia yang beragama Islam selamat dan dijamin halal untuk dimakan.
 
1.1 Definisi
 
Halal
 
Menurut Wikipedia, Halal adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "sah" atau "halal." Istilah ini meliputi bukan sahaja makanan dan minuman, tetapi juga semua perkara kehidupan seharian. Contoh yang paling biasa (atau haram) makanan tidak halal adalah daging babi. Walaupun babi adalah hanya daging yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam sama sekali (kerana kebimbangan kebersihan), makanan lain selain daripada daging babi juga boleh menjadi haram. Kriteria bagi item bukan daging babi termasuk sumber, punca kematian haiwan dan bagaimana ia diproses.
 
Makanan mesti datang dari pembekal yang menggunakan amalan halal. Umat ​​Islam juga perlu memastikan bahawa semua makanan (makanan terutamanya diproses), serta barangan bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal, adalah halal. Lazimnya, produk-produk ini mengandungi haiwan atau bahan-bahan lain yang tidak dibenarkan bagi orang Islam untuk makan atau gunakan pada badan mereka.
 
Industri Makanan Halal
 
Industri Makanan Halal merupakan satu bidang yang agak luas. Industri ini masih lagi berada pada fasa awal. Ia berperanan sebagai medium untuk memastikan keesahan sesuatu produk yang dibekalkan untuk masyarakat di Malaysia mempunyai status halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pada masa yang sama, industri barang makanan Malaysia begitu pelbagai seperti juga budaya berbilang kaum negara ini dengan makanan terproses berbagai-bagai jenis bercita rasa Asia. Industri pemprosesan makanan sebahagian besarnya dimiliki rakyat Malaysia. Adalah dianggarkan bahawa jualan runcit global bagi produk-produk makanan ketika ini berjumlah dalam lingkungan US$3.5 trilion dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus kepada US$6.4 trilion menjelang 2020.
 
2.0 Objektif Kajian
 
a. Mengenal pasti bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan di premis

b. Mengetahui tahap kebersihan premis makanan

c. Mengenal pasti industri pemprosesan makanan halal

d. Mengkaji isu-isu tentang makanan

 
3.0 Metodologi Kajian

3.1 Persampelan Kajian

Responden terdiri daripada pelbagai kaum yang terdapat di Melaka iaitu Melayu, India, Cina dan selain daripada itu dikategorikan sebagai lain-lain. Responden juga dipilih daripada pelajar-pelajar dan orang awam secara rawak. 

3.2 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini,bahan yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah borang soal selidik. Hal ini kerana borang ini sesuai digunakan dalam kajian berbentuk tinjauan yang kami lakukan ini. Selain itu, borang ini mudah untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kepercayaan, perasaan dan kehendak individu itu sendiri. Jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi dengan arahan tambahan atau penyataan tambahan dari sumber luar.

Jenis soal selidik yang digunakan adalah berbentuk pilihan jawapan. Soal selidik seperti ini mengandungi soalan atau penyataan berserta dengan cadangan jawapan atau maklum balas. Responden perlu membaca dan memahami penyataan dan memilih jawapan yang paling sesuai bedasarkan cadangan jawapan yang diberi.

Pemilihan soal selidik adalah kerana mudah dilakukan dan diuruskan untuk mengumpul data. Responden juga tidak perlu untuk mengeluarkan idea-idea tambahan untuk mengisi soal selidik tersebut. Di samping itu maklumat-maklumat diperoleh secara tersusun dan jelas yang dapat memudahkan penganalisisan data boleh dilakukan dengan cepat dan tepat. Dalam kajian ini, borang soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu: 

Bahagian A: soal selidik profil responden.

Bahagian B: soal selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.

 
Bahagian A: Soal selidik profil responden
 
Dalam bahagian ini soalan berkaitan dengan maklumat diri responden yang mengisi borang soal selidik ini. Jenis soalan yang dikemukan ialah jantina, umur, bangsa dan taraf pendidikan responden.
 
Bahagian B : Selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal
 
Soal selidik ini digunakan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Bahagian ini mempunyai soalan atau pertanyaan sebanyak 12 item untuk mengumpul maklumat untuk menjalankan kajian. Soalan-soalan yang diberi telah diberikan cadangan jawapan berdasarkan skala likert. Melalui borang soal selidik,data-data dianalisis melalui kaedah peratusan dan kekerapan. Kaedah ini dilakukan pada setiap soalan untuk melihat peratus jawapan yang didapati dari responden melalui borang soal selidik dan untuk mendapat kejituan hasil dapatan yang lebih tepat bagi mencapai objektif kajian.
 
4.0 Hasil Kajian dan Analisis
 
Kajian ini merupakan satu kajian tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal dan kami telah mengambil pendapat orang ramai melalui kaedah soal selidik. Seramai 15 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat perempuan untuk menjalankan kajian. Kajian in melibatkan pengumpulan data, analisis data, interpretasi dan merumuskan hasil kajian.
 
Bagi kajian ini kami telah menyediakan borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah berkaitan dengan profil responden manakala bahagian kedua ialah berkaitan dengan soalan-soalan atau penyataan-penyataan tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soal selidik ini dibina untuk mengumpul data untuk menjalankan kajian dan mencapai objektif kajian.
 
4.1 Bilangan dan Peratusan
 
Soalan 1: Taburan responden yang mengambil berat tentang makanan yang mereka makan

 

Merujuk rajah  di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan pertama saya mengambil berat makanan yang saya makan. Maklumat menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sebanyak (46 %) mewakili 7 responden mengatakan mereka setuju  bahawa mereka mengambil berat tentang makanan yang mereka makan. Diikuti sebanyak (40% ) iaitu 6 orang sangat setuju dan (7%) iaitu seorang  untuk tidak pasti dan tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden mengambil berat makanaan apa yang dimakan.Hal ini dapat dibuktikan daripada jawapan soal selidik yang diedarkan kepada responden.
 
Soalan 2: Taburan responden yang mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (Halalan Toyyiba)
 
 
Merujuk rajah  di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua ialah saya mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (Halalan Toyyiba). Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sebanyak (57%) mewakili 8 responden mengatakan mereka  setuju bahawa mereka mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih. Diikuti sebanyak (29%) iaitu 4 orang sangat setuju dan (14%) iaitu 2 orang responden untuk tidak pasti. Kesimpulannya, sebilangan besar responden mengetahui -ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih ( Halalan Toyyiba).
Soalan 3: Taburan responden yang mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal



Merujuk rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.Soalan ketiga ialah saya mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal. Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju,tidak pasti dan sangat setuju. Sebanyak (69%) mewakili 11 responden mengatakan mereka  tidak pasti mereka mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal. Diikuti sebanyak (19%) iaitu 3 orang kurang setuju dan (12%) iaitu 2 orang untuk sangat setuju. Kesimpulannya,tidak semua mengetahui tentang syarikat-syarikat yang mengkormesialkan halal dan hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya.
 
Soalan 4: Taburan responden yang melihat logo halal pada bungkusan makanan sebelum membeli
 

Merujuk rajah  di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.Soalan keempat ialah saya melihat logo halal pada bungkusan makanan sebelum membeli. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Sebanyak (53%) mewakili 8 responden mengatakan mereka  sangat setuju mereka melihat logo halal pada bungkusan sebelum membeli. Diikuti sebanyak (27%) iaitu 4 orang setuju dan (13%) iaitu 2 orang untuk tidak pasti. Akhir sekali, seorang responden (7%) kurang setuju. Kesimpulannya,kebanyakan bersetuju melihat logo halal di bungkusan makanan sebelum membelinya.
 
Soalan 5: Taburan responden yang mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Merujuk rajah  di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.Soalan kelima ialah saya mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sebanyak (60%) mewakili 9 responden mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Diikuti sebanyak (33%) iaitu 5 orang setuju dan (7%) iaitu 1 orang untuk tidak pasti. Secara keseluruhanya bersetuju dan mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Soalan 6: Taburan responden yang mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang diproses
 
Merujuk rajah  di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keenam ialah saya mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (33%) mewakili 5 responden mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses. Sebanyak (27%) iaitu 4 orang setuju dan (20%) iaitu 3 orang untuk tidak pasti dan kurang setuju. Secara keseluruhannya bersetuju dan mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang diproses.
 
Soalan 7: Taburan responden yang mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal


Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan ketujuh ialah saya mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal. Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sebanyak (67%) mewakili 10 responden mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal. Sebanyak (6%) iaitu  seorang setuju dan (27%) iaitu 4 orang untuk tidak pasti. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.
 
Soalan 8: Taburan responden yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia
 
Peratus responden yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.

Berdasarkan rajah  di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kelapan ialah saya memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju,setuju,tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (47%) mewakili 10 responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Sebanyak (33%) iaitu 5 seorang setuju, (27%) iaitu 4 orang untuk tidak pasti dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.
 
Soalan 9: Taburan responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka
 
Peratus responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka

Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesembilan ialah saya memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (60%) mewakili 9 responden mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka. Sebanyak (33%) iaitu 5 seorang setuju dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka.
 
Soalan 10: Taburan responden yang merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal


Peratus responden yang merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal


Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesepuluh ialah saya merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (40%) mewakili 10 responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal. Sebanyak (27%) iaitu 4 seorang setuju, (27%) iaitu 4 orang untuk tidak pasti dan seorang (6%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal.
 
Soalan 11: Taburan responden yang merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang
 
Peratus responden yang merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang

Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesebelas ialah saya merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang. Maklumat daripada rajah menunjukkan 4 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Sebanyak (53%) mewakili 8 responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang.Sebanyak (27%) iaitu 4 seorang tidak pasti, (13%) iaitu  2 orang untuk Setuju dan seorang (7%) tidak bersetuju. Secara keseluruhannya bersetuju pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang.
Soalan 12: Taburan responden yang berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu
Peratus responden yang berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu

Berdasarkan rajah di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua belas ialah saya berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu. Maklumat daripada rajah menunjukkan 3 pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (80%) mewakili 12 responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.  Sebanyak (13%) iaitu 2 seorang setuju dan (7%) iaitu seorang untuk tidak pasti. Secara keseluruhannya bersetuju terhadap pendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.
 
5.0 Kesimpulan
 
Penumpuan terhadap aspek kualiti, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di sepanjang rantaian proses pengeluaran dan juga aktiviti pemasaran produk makanan sewajarnya wajib dititikberatkan oleh semua kakitangan di industri makanan Malaysia. Setiap elemen-elemen ini diperlukan bagi tujuan memastikan dan memberi jaminan pengeluaran produk makanan yang bersih, selamat, halal serta sesuai untuk digunakan. Selain itu, pematuhan, pemantapan pengetahuan dan perlaksanaan menyeluruh amalan standard-standard tertentu yang bersesuaian perlu dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Pengusaha PKS makanan tempatan perlu sedar supaya mengetengahkan aspek-aspek tersebut di samping berazam untuk menembusi pasaran luar melalui penawaran produk makanan yang setanding dan tidak diragui kualiti dan keselamatannya.
 
Dengan demikian, cabaran dalam mengekalkan sistem penguatkuasaan keselamatan makanan yang berkesan dan dipercayai oleh orang awam adalah penting dalam memastikan pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat mencapai matlamatnya. Kakitangan kerajaan perlulah melakukan kajian lanjutan tentang perbezaan amalan jaminan kualiti yang wujud di sesebuah negara dalam penyediaan makanan yang selamat.
 
Selain itu, tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menggalakkan perlaksanaan serta pematuhan standard yang berkaitan di industri makanan terutamanya yang diusahakan oleh PKS. Tambahan pula, kesedaran pengguna terhadap keperluan akta dan peraturan keselamatan makanan perlu diterapkan sebagai salah satu pemangkin pelaksanaan sesuatu standard dalam kalangan PKS makanan. Galakan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk pengagihan peraturan keselamatan makanan di tempat-tempat latihan penyediaan makanan, mewajibkan dalam syarat pengeluaran lesen perniagaan dan juga melalui penyeragaman polisi keselamatan makanan di semua negeri.
 
Selain itu, kejayaan pengeluar produk makanan mematuhi dan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan standard tertentu sama ada daripada agensi tempatan atau antarabangsa turut mampu mendorong ke arah peningkatan terhadap penerimaan dan keyakinan produk di pasaran. Keadaan ini sudah tentunya nanti mampu memberi pulangan yang baik walaupun pada permulaan perlaksanaan standard ini mungkin menyukarkan.
 
Rujukan
 
Mohd Ali Mohd Noor dan Nor Aini Hj. Idris. (2009). Daya Saing Industri Makanan Halal        Berasaskan Bijirin: Analisis Daya Saing Terlaras RBV Dan Porte. Prosiding  Perkem IV, Jilid 2.
 
Nor Aini Haji Idris dan Mohd. Ali Mohd. Noor. Usahawan  Industri  Makanan  Halal: Satu  Analisis  Persepsi dan Sikap. Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan.
 
Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka. 
 
Makanan Halal Sumber Pembentukan Syakhsiah Mulia, 2007, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei.
http://en.wikipedia.org/wiki/Halal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam

No comments:

Post a Comment