Tuesday, September 24, 2013

Abu mayat Chin Peng: bersediakah kita?




 

Kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng menamatkan era kekejaman dan kezaliman perjuangan menegakkan idealisme yang sudah ditolak di seluruh dunia. Perjuangan Chin Peng untuk menjadikan Tanah Melayu atau Malaya sebagai pengamal ideologi komunis telah lama berakhir dan sejarah mencatatkan bahawa ideologi yang tidak berasaskan ketuhanan akan gagal kerana bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

Persoalan sama ada abu mayat Chin Peng wajar dibawa masuk ke Malaysia atau tidak sedang menjadi perdebatan di antara kerajaan dan pembangkang. Pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan yang sangat tegas iaitu tidak membenarkan manakala pembangkang dan seorang dua bekas tokoh dalam pasukan keselamatan mengambil pendekatan berlawanan dengan hujah tertentu.

Kita tidak perlu pening kepala untuk menyokong siapa kerana kita juga ada pendirian untuk berfikir dan membuat justifikasi sendiri.

Chin Peng telah terlibat dalam perjuangan menentang British sambil membawa idealogi yang merosakkan fikiran iaitu tidak percaya kepada tuhan. Idealogi ini ciptaan Yahudi yang telah dilaksanakan di Russia, China dan Eropah Timur. Ideanya ialah meletakkan manusia di bawah pengaruh Yahudi kerana manusia yang tidak ada agama lebih mudah dikuasai. Malangnya idealogi ini tidak dapat merebak ke seluruh dunia kerana masih ada penganut agama-agama besar seperti Islam dan kristian yang melihat komunisme sebagai ancaman.

Mereka yang menyanjung dan beranggapan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan perlu menilai kembali pandangan masing-masing kerana idea komunisme akan merosakkan pemikiran masyarakat beragama khususnya agama samawi.

Kita agak musykil apabila mendapati tok-tok lebai dan tokoh politik yang dikatakan pejuang rakyat tidak melihat aspek ini sebagai pemutus kepada prinsip mereka. Alangkah hodohnya jika tok lebai yang berkopiah dan berjanggut ini tidak dapat melihat bahawa komunisme bakal memusnahkan iman kepada Allah  swt.

Komunisme dan tokoh komunis begitu disanjung di China sehingga kini. Ia tidak berlaku di Malaysia dan negara-negara Asean lain khususnya di nusantara. Walaupun terdapat cubaan menaikkan imej komunisme, ia tidak dapat dilakukan kerana kezaliman dan kekejaman pejuang komunis ini menjadi hijab kepada keyakinan dan kehidupan harmoni masyarakat.

Justeru bagi orang biasa yang menilai perjuangan Chin Peng dari perspektif merosakkan iman dan akidah, sama ada dibawa atau tidak ke Malaysia, ia tetap dikenang sebagai seorang yang zalim, ganas dan buas. Jika dibawa ke sini, mungkin penentangnya akan merosakkan abu mayat, mengganggu tempat persemadiannya ataupun memusnahkan keseluruhan kubur atau bekas abu mayat. Andainya ini berlaku, biarlah kezaliman Chin Peng ini pergi bersama-samanya kerana Malaysia perlu melangkah ke hadapan menghadapi cabaran yang lebih besar dan membina masyarakat yang lebih kompleks.

    
 

No comments:

Post a Comment