Penulis: Jailani M. Nor
Tahun: 2011
Penerbit: Tidak dinyatakan
Muka surat: 181
Buku in idiilhamkan untuk santapan minda generasi muda yang sedang mencari-cari kaedah dan cara untuk mencapai kecemerlangan diri khususnya pelajar yang hampir tamat pengajian dan juga kepada pelajar yang baru saja menamatkan pengajian serta sedang bersiap-siap menceburi alam pekerjaan. Persediaan awal untuk mendepani dunia pekerjaan yang jauh berbeza dari dunia kampus amat diperlukan terutama berkaitan kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal.
Buku ini juga dirasakan sesuai untuk disajikan kepada anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan sebagai panduan dan sumber rujukan untuk meningkat maju dalam keraya masing-masing. Perkara berkaitan kaedah untuk meningkatkan prestasi kerj diterangkan secara santai dan tidak terlalu akademik. Pembentangan bahan bacaan dalam buku ini menekankan bagaimana untuk melaksana dan tidak terlalu menumpu kepada perbahasan teori yang panjang.
Kebanyakan bahan yang ditulis dalam buku ini merupakan pengalaman penulis dalam usahanya meningkatkan prestasi diri dalam pelajaran dan pekerjaan. Semua pengalaman yang dilalui dipersembahkan dalam bentuk cerita yang jelas dan mudah.
Pengalaman penulis disesuaikan dengan teori, ilmu dan konsep yang terdapat dalam pasaran sama ada di dalam atau luar negara. Semua bahan rujukan yang menjadi sumber secara langsung telah dinyatakan dalam bahagian akhir bab.
Pengalaman penulis yang pernah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Khas Kualiti boleh dijadikan sebagai panduan ke arah mendapatkan cara dan kaedah yang boleh dipakai dalam usaha memajukan diri. Bahagian akhir buku ini disajikan 55 petua sebagai amalan untuk mencapai kecemerlangan diri dan kerjaya. Petua-petua ini jika diamalkan mampu membantu pembaca mencapai taraf cemerlang.
No comments:
Post a Comment