Thursday, February 28, 2013

Jangan mengeluh






Orang yang berjiwa besar sangat jauh bezanya daripada orang yang berjiwa kerdil. Orang berjiwa besar memandang jauh kehadapan, menyediakan matlamat dan melihat kegagalan sebagai peluang membaiki diri.

Kalau berjaya, nikmat kejayaan itu disyukuri. Beza dengan orang berjiwa kerdil. Orang begini selalu memberi alasan apabila berhadapan dengan kegagalan. Kalau berjaya dia akan berbangga dengan kejayaannya.

Cuba ingat-ingat, siapakah orang yang kita paling ingat apabila kita ditanya tentang tokoh-tokoh yang berjaya? Contohnya Bill Gates, beliau meniti kejayaan sejak usia muda dan mengambil masa untuk jadi seperti hari ini.

Tentulah sangat banyak rintangan yang beliau perlu hadapi namun tidak pula mengeluh untuk berhenti separuh jalan. Jiwanya besar , penuh dengan impian dan berusaha memenuhi impian tersebut. Oleh kerana tidak mengeluh, akhirnya dia berjaya.

 

No comments:

Post a Comment