Friday, February 08, 2013

Bijak memilih kawan





Membesar menjadi seorang anak yang membahagiakan dan membanggakan kedua ibu dan bapa menjadi idaman setiap orang. Walaupun bahagia dan bangga ini bersifat subjektif, kedua-dua sifat ini boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara.

Antaranya ialah bijak memilih kawan untuk bersosial. Di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja, kita perlu berkawan kerana tanpa kawan kita menjadi 'kera sumbang' dan hidup bersendirian.  Pilihan yang kita ada ialah memilih kawan yang 'ngam' atau serasi dengan jiwa kita. Ada orang yang memilih kawan kerana hendak pinjam wang, hendak buat rakan kongsi perniagaan dan ada juga sebagai teman sosial.

Pada saya, bijak memilih kawan ialah kita menjadi orang yang lebih baik. Baik budi pekerti, ikut peraturan agama, budi bahasanya tinggi dan tentunya pandai membawa diri serta boleh memberi kebaikan kepada orang lain.

 

No comments:

Post a Comment