Kebimbangan kerajaan Singapura terhadap kadar kelahiran yang sangat rendah di negara itu menjadi perbahasan hangat di parlimen. Pertumbuhan penduduk yang perlahan bakal menjejaskan pembangunan ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa panjang di samping impak ketara ke atas perlindungan sosial generasi tua.
Semenjak merdeka hingga kini, Singapura
menikmati kemakmuran ekonomi paling pesat dalam sejarah kewujudan negara itu.
Perkembangan ekonomi yang memberangsangkan ini melahirkan golongan penduduk
kelas menengah dan atas yang berpendapatan tinggi di Asia di samping menjadikan
pencari kerja di seluruh dunia mengintai peluang kehidupan yang lebih baik di
republik itu.
Di sebalik kemakmuran dan kecemerlangan
ekonomi, kunci utama pembangunan Singapura ialah sumber manusia iaitu
penduduknya. Dengan lebih 75 peratus berbangsa Cina, negara itu bergantung
kepada penduduk dari Tanah Besar China untuk menggantikan rakyatnya yang wujud
sebelum ini. Walaupun sebilangan orang Cina rakyat Malaysia, Indonesia,
Thailand dan Taiwan yang diterima masuk sebagai warganegara, kemasukan orang
China adalah lebih mudah kerana mempunyai cita rasa, agama dan budaya yang sama
dengan Cina Singapura.
Peningkatan berterusan warga tua
berketurunan Cina perlu diganti dan menerima orang-orng muda dari China adalah
tindakan ekspres untuk menggantikan warga tua Cina yang sedia ada. Singapura
perlukan sumber manusia yang lebih ramai supaya momentum ekonomi yang ada pada
hari ini akan dikekalkan. Ia juga mengekalkan kuasa pasaran sebagai peneraju
ekonomi utama di Asia.
Mencari orang Cina dari luar Asia
Tenggara bakal memberi kesan serius ke atas kematangan berpolitik serantau
kerana konsep Asean ialah kerjasama dalam semua urusan termasuk perundingan
dalam ketenteraan. Kemasukan rakyat asing sebagai warganegara mengundang
masalah khususnya agresif untuk menakluki kawasan dan menguasai sempadan yang
turun-temurun dikuasai oleh penduduk nusantara.
Dalam sejarah empayar di nusantara, hanya
kerajaan Srivijaya yang dapat bertahan sehingga 700 tahun sebelum digantikan
oleh kerajaan-kerajaan yang lain. Dalam era moden hari ini, apakah kerajaan
sedia ada mampu bertahan sehingga 200 hingga 500 tahun? Hanya kebijaksanaan
pemimpin yang menentukan keupayaan masing-masing.
Kenyataan bahawa Singapura perlukan 30
peratus tenaga manusia bagi menggantikan tenaga manusia sedia ada merupakan
isyarat kepada negara serantau bahawa negara itu akan melakukan promosi agresif
untuk menarik minat bakat dan tenaga muda yang pakar dalam pelbagai bidang
untuk membangunkan ekonomi. Justeru, apakah tindakan kerajaan kita untuk
bersaing dengan Singapura bagi memastikan bakat muda yang hebat akan terus berada dalam negara?
Kita perlu bersedia dengan kemunculan
Malaysia maju pada 2020 supaya negara ini terus dipacu oleh tenaga manusia yang
berani dan dapat mengisi kemajuan negara.
No comments:
Post a Comment