oleh Rahman Shaari
Ketika ini, orang politik di Malaysia masih berbahas tentang Islam. Kalimah ALLAH telah berlanjutan menjadi fokus perbahasan. Jalan penyelesaian belum ketara, bahkan dapat dikatakan bahawa sejumlah tokoh politik cenderung menjadikannya lebih rumit.
Sejak dahulu sudah ada amaran, iaitu hanya orang yang betul-betul layak berbicara tentang agama diizinkan berijtihad. Menurut tokoh-tokoh agama, terutama daripada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), sarjana Islam yang mendapat latihan di Barat tidak layak berijtihad. Tidak mudah untuk menjadi mujtahid.
Pada tahun 2002, terbit sebuah risalah bertajuk Islam Dicabar: Rasulullah SAW dan Ulama Dihina. Risalah tersebut asalnya ialah memo kepada Majlis Raja-raja Melayu. Perkara yang ditekankan ialah pandangan serong sejumlah orang terhadap Rasulullah dan ulama Islam.
Kandungan risalah terbitan Persatuan Ulama itu, antara lain ialah permintaan agar hal ehwal agama Islam tidak dipermudah. Di samping itu, terdapat pandangan bahawa perkara yang dibincangkan berhubung kait dengan politik. Satu pihak mengatakan halangan tidak wajar ada untuk seseorang Muslim di Malaysia bertukar agama. Pada halaman 23 risalah tersebut, ada dicatatkan bahawa Cecil Rajendra, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi (HRC) Majlis Peguam Malaysia, mahukan pengiktirafan hak seseorang, termasuk orang Islam untuk menukar kepercayaan, dan menjadi murtad.
Isu yang sama berlaku pada tahun 2012. Terdapat pandangan seorang ahli politik muda bahawa orang Islam, sama dengan orang lain, elok dibolehkan memilih agama. Hal ini eloklah dirujuk pada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu agama Islam sebenarnya agak lama mengeruhkan suasana. Perhatikan tulisan-tulisan di akhbar awal abad ke-21, iaitu “Let Islam Lead the Way with Its Progressive View on Sexuality”, New Straits Times (4 November 2000), “Now The Mufti Blames Hindi Films” The Sun (21 Februari 2001), dan “Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy”, New Straits Times (10 Januari 2002) sebagai contoh.
Sekarang kita fikirkan perdebatan masa kini. Bukankah isu kalimah ALLAH lebih besar daripada isu penghinaan terhadap Rasulullah dan cabaran terhadap Islam pada tahun 2000 - 2002?
Persoalan di sini, adakah perbincangan dan perdebatan tentang Islam sudah dan sedang berjalan secara ikhlas, atau adakah unsur politik mendominasikannya? Jawapan bagi soalan tersebut hanya dapat ditemui jika latar perdebatan dan orang-orang berkenaan diambil kira.
Apabila ahli politik bukan Islam meminta agar nama ALLAH boleh dimasukkan ke dalam Bible bahasa Melayu, muncul tanda tanya: Apakah maksud permintaan tersebut? Hal ini sejalan dengan pengiktirafan orang Islam menukar agama.
Oleh sebab isu agama dalam tahun 2000 - 2002 muncul semula dalam tahun 2012 dan 2013 dengan kandungan yang berubah sedikit, maka kita yakin perkara ini akan berulang-ulang lagi. Berhubung dengan perkara ini, eloklah dicadangkan agar segala perkara yang menjadi dasar dalam ajaran Islam hendaklah diperkukuh, dan umat Islam tidak boleh bertolak ansur. Ertinya, segala hal kebajikan yang berada dalam daerah politik sekular, boleh berlangsung seperti biasa, tetapi segala hal yang khusus bersifat Islam jangan dibiarkan sesiapa pun mempermain-mainkannya.
Tulisan ini tidak bermaksud menyebelahi pihak yang amat garang dalam sebarang pidato, jika maksud mereka itu hanya untuk kepentingan politik. Perkara utama perlu difikirkan ialah persepakatan antara setiap orang Islam, terutama tokoh-tokoh yang dikenali dan dihormati, agar kesucian Islam dijagai dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Ertinya, adalah baik dan tersanjung jika seorang tokoh pembangkang yang berpendirian kukuh, bersama-sama tokoh kerajaan yang berpendirian sama, mempertahankan Islam.
Perbahasan adalah digalakkan dalam amalan demokrasi. Namun, jika hal agama dipolemikkan berlebih-lebihan, dan semua orang mahu mengambil bahagian, ketenangan akan berganti kekacauan. Soal tafsiran hendaklah diserahkan kepada pihak yang layak membuat tafsiran. Jangan dibuat perbatasan, bahawa hanya tafsiran orang yang berada dalam parti tertentu sahaja diiktiraf. Jika parti politik mempunyai majlis syura, dalam membuat tafsiran, majlis itu jangan mengutamakan cita-cita politik. Orang ramai pula, khusus untuk hal ini, dengarilah pesanan pihak yang berwibawa dan tidak berpolitik kepartian.
(Sinar Harian, 19 Februari 2013)

No comments:
Post a Comment