oleh Mohd Ali Muhamad Don
Jenayah buang bayi yang tiada kesudahan adalah gambaran nilai kasih sayang seorang ibu terhadap bayi darah dagingnya sendiri sudah lenyap sehingga tergamak di tinggalkan sendirian sambil mengharap ada yang akan menyelamatkannya.
Malah hari ini ia bukan lagi suatu isu yang meng gemparkan kerana masyarakat sudah terbiasa dengan paparan media massa berkaitan pembuangan bayi.
Dari sudut lain, terdapat segelintir anak yang sanggup membiarkan ibu atau bapa kandungnya berkeliaran se bagai gelandangan jalanan tanpa belaian kasih sayang anak sendiri. Segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang pernah dicurahkan bagi membesarkan anak sedikit pun tidak dihargai.
"Melalui perasaan kasih sayang akan lahir rasa hormat menghormati serta menghargai sesama insan"Akhirnya golongan ini menghabiskan sisa hidup dalam kesedihan tanpa rumah, pakaian dan makanan yang mencukupi. Lebih daripada itu, keinginan mereka untuk mengabdikan diri kepada Ilahi dengan memperbanyak ibadat di penghujung usianya juga tidak kesampaian akibat diabaikan anak yang kemungkinan telah berjaya dalam kehidupannya.
Anak sepatutnya berbuat baik dan berlaku ihsan kepada ibu bapa terutama ketika mereka menginjak usia tua. Dalam hal ini anak yang soleh pasti tidak lupa untuk sentiasa menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada kedua orang tuanya yang sudah meninggal dunia.
Allah SWT berfirman: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada- Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Nilai kasih sayang dalam masyarakat yang bersifat materialistik dewasa ini juga semakin hari semakin lun tur. Suami dan isteri sering bergaduh sesama sendiri, hingga bercerai-berai dan anak terbiar tanpa kasih sa yang.
Antara jiran tetangga juga hilang semangat kejiranan yang bertitik tolak daripada nilai kasih sayang serta saling menghormati hingga ada yang bermasam muka dan langsung tidak bertegur sapa.
Dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan ber negara pula nilai persefahaman serta toleransi juga mula pudar. Malah terdapat segelintir yang mengambil ke sempatan menangguk di air keruh dengan mencampuri urusan agama lain yang tidak diketahui motif sebe narnya.
Ketiadaan nilai kasih sayang dalam kehidupan kini mencapai kemuncaknya apabila haiwan juga turut me nerima akibatnya. Ini dapat diperhatikan kepada se kumpulan 13 ekor gajah Pigmy di Borneo yang mati bergelimpangan akibat keracunan.
Apa pun alasannya manusia sepatutnya lebih bertolak ansur dengan alam sekeliling supaya semua makhluk dapat hidup harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Justeru itu nilai kasih sayang perlu dipupuk dan dibaja setiap hari. Melalui perasaan kasih sayang akan lahir rasa hormat menghormati serta menghargai sesama insan dan makhluk Allah yang lainnya.
(Berita Harian, 19 Februari 2013)
No comments:
Post a Comment