Monday, February 11, 2013

Tidak mudah berputus asa





Apabila kita membaca kisah-kisah hidup orang yang telah berjaya dalam bidang mereka, kadang kala kita rasa betapa senangya mereka mengecap kejayaan itu. Mungkin terdetik dalam fikiran kita betapa mudahnya mereka melalui jalan--jalan kejayaan itu namun, sebenanrya apa yang dilalui itu sangat jauh keadaannya dengan yang tergambar dalam fikiran kita.

Sudah pasti pada setiap kejayaan sentiasa ada kegagalan dan cabaran. Cuba lihat orang-orang yang telah menikmati hasil usaha mereka. Kegigihan itu bertapak sedikit demi sedikit dan tidak mudah berputus asa kerana putus asa tidak memberi sebarang hasil.

Hakikat di sebalik tidak mudah berputus asa ialah mengubah kegagalan kepada kejayaan. Kunci utama ialah mencari sebab-sebab kegagalan dan menggantikannya dengan cara lain yang lebih baik.

 

No comments:

Post a Comment