Bertindak ke atas seluruh anggota badan terutama pada bahagian-bahagian penting dan tisu-tisu badan. Raja penawar anti sifilitik. Dalam sistem anggota badan, Mer Sol bertindak pada mucus dan membran serous, kalenjar glandular, anggota parenchyma (bahagian-bahagian anggota dan fungsinya), fiber dan tisu osseous (tulang) dan kulit. Keadaan pertama tindakannya ialah mempercepatkan rangsangan, pembengkakan diikuti tindak balas dan kesannya adalah keletihan dan kepenatan yang merupakan tanda permulaan pereputan organik. Tisu-tisu tersebut mengalami pendarahan, bernanah dan mengurangkan penyakit-penyakit baru bergantung pada tisu-tisu yang terlibat. Contohnya ialah keradangan dan proses pendarahan, wujud keadaan gugup seperti lemah ketika datang haid, sawan, penyakit saraf pada muka dan lain-lain anggota, sakit urat dan kesedihan. Simptom ialah melarat di sebelah malam dan panas tempat tidur.
Fikiran: Lemah ingatan, lemah keinginan. Sangat bimbang dan cemas terutama sebelah petang dan malam. Lambat jawab soalan. Dungu dan tolol. Murung dan lemah semangat. Hendak tidur saja. Syak wasangka. Bercakap cepat dan laju.
Kepala: Pening. Keliru bila bangun pagi. Dahi rasa bergetar-getar. Otak seperti terbakar. Kulit kepala gatal. Sakit bila ditekan pelipis kiri. Berterusan sakit kepala walaupun ketika baring. Kulit kepala sangat sakit bila disentuh, teruk bila digaru dan diikuti pendarahan. Cabut rambut. Jahitan luka terbuka. Pembesaran tidak normal pada tulang (exostoses) di kulit kepala dengan rasa sakit bila disentuh, teruk sebelah malam.
Mata: Radang mata dan bengkak; sangat sensitif dengan cahaya. Panas terbakar, kemerahan dan ada tekanan dalam mata. Anak mata terbeliak luas. Berair. Konjunktivitis kronik. Kelopak mata sekejap-sekejap tertutup; merah, bengkak dan melekat bila bangun tidur. Pandangan berpinar-pinar, mata berkabut.
Telinga: Radang telinga luar dan dalam dengan rasa berdenyut-denyut, disiat-siat dan kekejangan, berdarah. Sakit menyucuk-nyucuk dengan rasa terbakar. Berdering-dering dan bergema dalam telinga. Tersumbat. Susah dengar; bunyi bergetar. Lega selepas menelan atau menghembus hidung. Telinga bernanah busuk.
Hidung: Berdarah semasa tidur dan batuk. Berair; kerap bersin. Tulang hidung bengkak dan sakit bila disentuh. Hidung busuk (ozaema).
Muka: Pucat, kekuningan, bengkak, mengelembung. Ulser mulut.
Mulut: Gigi rasa longgar seperti hendak patah; reput; gusi jadi gondol (tidak ada gigi). Sakit bila disentuh. Sakit gigi berdenyut-denyut melarat ke telinga dan kepala; teruk sebelah malam. Gusi sakit jika disentuh dan mengunyah. Lidah merah dan bengkak, selaput putih, susah digerakkan, sukar bercakap; gagap. Radang membran mukus dalam mulut. Banyak air liur. Roti rasa masam.
Kerongkong: Uvulva bengkak dan menjadi lebih panjang. Ulser dalam kerongkong dan mulut. Kering walaupun mulut banyak air liur. Tonsil bernanah dan sakit ketika menelan. Bengkak kalenjar.
Perut: Hilang selera makan, hanya makan roti dan keju. Sendawa kosong. Sangat dahaga. Loya bila batuk. Perut rasa lemah dan terus menerus lapar.
Abdomen: Menyucuk-nyucuk di kawasan hati, bengkak, sensitif dan tidak boleh baring sebelah kanan. Abdomen keras, mengelembung dan sakit. Usus seperti melecur. Senak perut seperti dipotong-potong dan sakit menyengat terutama sebelah malam atau dalam udara sejuk. Senak perut kerana sejuk.
Najis: Sakit ketika berak. Dubur rasa terbakar. Letih selepas berak. Senak perut dan cirit-birit angin malam. Najis hijau, berdarah dan berlendir.
Kencing: Pundi-pundi kencing rasa terbakar. Kerap kencing tetapi sedikit; teruk sebelah malam. Air kencing merah gelap dan keruh.
Seks lelaki: Hilang nafsu seks sepenuhnya. Darah bersama air mani. Buah zakar sejuk, bengkak dan keras.
Seks perempuan: Haid terlalu banyak. Keputihan teruk sebelah malam dengan discaj kehijauan. Radang faraj; menyucuk-nyucuk dan gatal. Buah dada bengkak, keras dan bernanah.
Pernafasan: Suara parau, tekak rasa terbakar. Nafas tercungap-cungap bila naik ke tempat tinggi; sesak nafas. Asma. Batuk yang pendek, kering dan meletihkan di sebelah petang dan malam; sakit dada menyucuk-nyucuk; sebelah kanan; melarat ke belakang bila bersin dan batuk. Paru-paru hilang kekenyalan. Paru-paru bernanah selepas berdarah.
Kakitangan: Menggeletar terutama kaki dan tangan ; tersentak-sentak tanpa kawalan. Rasa letih dan lemah. Sejuk. Lumpuh.
Umum: Sangat penat dan letih; menggeletar otot-otot, tangan, lidah. Pergerakan tergesa-gesa. Badan dan pernafasan busuk. Bengkak air pada muka, tangan dan kaki dengan tanda-tanda kurang darah. Seluruh badan seperti lebam dan sakit pada semua bahagian tulang. Tidak dapat duduk hanya dalam satu posisi. Kalenjar membengkak dengan atau tanpa bernanah. Tidak boleh baring sebelah kanan.
Kulit: Kotor; demam kuning. Gatal; teruk sebelah malam. Berdarah ulser dan cepat merebak; ada nanah pada kulit, kepala dan kulit zakar.
Demam: Sejuk di tempat terbuka; semasa dapat cirit-birit, pagi atau petang selepas berbaring. Sejuk dan panas silih berganti. Berpeluh sebelah malam; belengas.
Melarat: Petang dan malam; panas tempat tidur; semasa berpeluh; dalam cuaca lembap dan sejuk; angin malam; semasa bersenam; berbaring sebelah kanan.
Patologi: Ulser pada kemaluan dan tonsil; kerap kencing; anggota badan bernanah; sakit mulut dan kerongkong; radang gusi; nafas berbau; batuk; demam; bengkak kalenjar; sakit kepala; sakit sendi; sakit telinga; konjunktivitis kronik; mata berair; hidung berdarah; kulit melecur.
No comments:
Post a Comment