Sakit kepala memikirkan 30 peratus daripada pemandunya gagal dalam latihan biasa syarikat, United Parcel Service Inc. (UPS) mula melaksanakan latihan di luar bilik kuliah untuk menjengah dunia sebenar. Di tengah-tengah buku dan set permainan video, terdapat alat yang ganjil untuk merangsang perjalanan pemandu di atas ais dan kursus-kursus halangan yang mengelilingi kawasan mirip perkampungan di Amerika Syarikat.
Berdasarkan keputusan kajian setakat ini, syarikat penghantar terbesar di dunia ini telah mendapat 20 perkara untuk sejumlah besar pemandu UPS- respons kepada teknologi tinggi dan peluang mengasah kemahiran sedia ada. Latihan pemanduan semakin penting kepada UPS yang menggajikan 9,000 orang pemandu di Amerika Syarikat dan masih perlukan 25,000 pemandu dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menggantikan pekerja sedia ada.
Calon yang bersaing untuk menjadi pemandu dengan purata gaji US$74,000 (RM236,800) setahun kini sedang berada di Integrad selama seminggu. Integrad adalah pusat latihan UPS yang terletak 10 batu dari Washington. Di sana mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mempraktikkan ‘340 Methods’ bagi menjimatkan masa beberapa saat dan meningkatkan keselamatan dalam setiap tugas dari mengangkat dan menurunkan kotak-kotak terpilih dari rak dalam lori.
Mereka bermaiin permainan video yang diletakan di tempat pemandu dan mengenal pasti halangan dan cabaran. Mereka meningkat naik dari simulasi komputer ke ‘Clarksville’ iaitu kawasan yang menyerupai perkampungan kecil dengan bisnes kecil-kecilan di mana pemandu-pemandu ini memandu lori sebenar dan melaksanakan lima penghantaran dalam masa 19 minit.
Sehingga kini, kaedah baru yang direka oleh UPS dan penyelidik dari Virginia Tech telah menunjukkan kejayaan. Dari jumlah 1,629 pelatih yang melengkapkan latihan mereka di Integrad sejak 2007, hanya 10 peratus yang gagal dalam program berkenaan yang mengambil tempoh enam minggu termasuk 30 hari memandu lori dalam dunia pekerjaan sebenar.
Dengan menyediakan latihan di luar dari kebiasaan tradisi dan menggunakan teknologi dan pembelajaran sebenar, UPS dapat meningkatkan kemungkinan kejayaan di kalangan pemandu mereka. Selain itu, penampilan diri juga penting. Pelatih yang gagal menggosok pakaian dan kelihatan kedut, mata untuk pasukannya akan ditolak. Begitu juga jika tidak memasukkan kunci di jari manis ketika keluar dari kenderaan.
Syarikat penghantaran seperti UPS sentiasa berfikir bagaimana mereka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan cara kerja pemandu mereka. Dengan tawaran gaji tahunan sebanyak RM236,800 setahun atau RM19,733 sebulan, pemandu UPS dapat hidup dengan senang sepanjang tahun. Jumlah itu cukup untuk menjadikan kehidupan pemandu penghantar barang ini menikmati keseronokan berkerja.
Di Malaysia, kita masih bergelut untuk menaikkan gaji posmen yang gaji pokok masih berlegar sekitar RM600 sebulan. Bagaimana posmen kita dapat memikirkan masa depan mereka jika terpaksa mengagihkan duit gaji untuk membayar sewa, keperluan harian, belanja sekolah anak-anak dan simpanan.
Syarikat-syarikat perkhidmatan wajar mencontohi UPS yang menggabungkan teknologi dan kualiti perkhidmatan untuk menyaingi pesaing mereka seperti FedEx. Pos Malaysia juga patut membaiki khidmat mereka selaras dengan kenaikan harga setem. Pengguna tidak akan merungut jika kenaikan perkhidmatan ini diiringi dengan kenaikan mutu perkhidmatan supaya nasib pekerja pos terbela dan pengguna mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment