Kajian-kajian berkaitan membaca dalam kalangan kanak-kanak telah banyak membantu ibu bapa, penjaga dan guru berfikir tentang masa depan. Membaca adalah proses yang melibatkan aktiviti tahu huruf, faham, lancar dan memberi rangsangan.
Perkara yang sering dilupai oleh ibu bapa ketika kanak-kanak di peringkat prasekolah ialah umur tiga hingga 5 tahun memberi kesan besar ke atas keupayaan membaca mereka. Menjadi pembaca yang baik, kanak-kanak perlukan rakan yang dimulai dari rumah dan berterusan di sekolah. Kita boleh menyediakan kanak-kanak dengan minat membaca melalui menyanyi bercerita bersama-sama, berbual-bual tentang persekitaran, menyanyi atau bersoal jawab.
Sebagai panduan, banyak kajian mengenai membaca yang kita tidak ambil peduli dan tidak tahu langsung. Terdapat beberapa penemuan menarik untuk kita fikirkan di bawah ini.
- Membaca adalah kemahiran asas kepada pembelajaran di sekolah.
- Walaupun keupayaan membaca dan menulis berkembang sepanjang hayat, peringkat awal kehidupan kanak-kanak iaitu dari usia lahir hingga 8 tahun adalah tempoh paling penting untuk perkembangan membaca dan menulis.
- Perkembangan kemahiran membaca dan menulis boleh didedahkan melalui buku dan penceritaan dikaitkan dengan kejayaan membaca.
- Hanya lima peratus kanak-kanak belajar tanpa berusaha bersungguh-sungguh (maksudnya ramai daripada mereka ini mahu belajar).
- 20 hingga 30 peratus kanak-kanak mudah belajar membaca apabila didedahkan kepada pembelajaran formal.
- 60 peratus kanak-kanak berhadapan dengan cabaran sukar:
1 | 20-30 peratus menyatakan membaca adalah satu tugas sukar dan perlu dikuasai. |
2 | 90-95 peratus yang lemah membaca boleh dibantu sehingga ke tahap yang lebih baik melalui program pencegahan dan intervensi yang menggabungkan kaedah fonik, pembangunan kefasihan dan strategi meningkatkan kefahaman setelah diajar oleh guru terlatih. |
3 | 88 peratus yang lemah membaca dalam tahun satu, mungkin juga lemah membaca dalam tahun empat. |
4 | 75 peratus yang lemah membaca dan tidak dibantu sehingga umur 9 tahun akan mengalami detik-detik sukar pembelajaran di sekolah menengah. |
5 | 10-15 peratus kanak-kanak yang lemah membaca akan tercicir dari sekolah, hanya 2 peratus yang dapat menamatkan pengajian 4 tahun di universiti atau kolej. |
6 | 80 peratus kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah membaca sebenarnya sukar membaca sejak awal. |
7 | separuh daripada orang dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah ada masalah membaca. |
8 | separuh daripada remaja yang ada sejarah dianiaya atau didera ada masalah membaca. |
No comments:
Post a Comment