oleh Akhmal Irfan Abd Razak
Artikel yang telah
saya pilih ini membincangkan mengenai fungsi ilmu untuk membangkitkan tamadun
dalam kemasyarakatan. Artikel ini dikarang pada 28 April 2014 oleh Butik Tudung
Labuh Muslimah.
Artikel ini
mengandungi maklumat positif yang boleh diambil iktibar. Antara kandungan
positif yang diperoleh ialah ilmu dapat dijadikan sebagai asas kemakmuran.
Hal ini kerana dengan
adanya ilmu, hidup manusia akan menjadi lebih teratur. Jika kita imbas kembali
sejarah Islam di mana, setelah hadirnya Islam yang mementingkan ilmu
pengetahuan telah mengubah mentaliti masyarakat Arab ketika itu. Kehidupan
mereka semakin aman dan tiada pertelingkahan.
Selain itu, ilmu
berfungsi sebagai pembina akidah. Ilmu dapat membina akidah yang betul yang
yang dapat menjamin kebahagiaannya di dunia dan akhirat. Contohnya, al-quran
dan hadis dijadikan sebagi sumber rujukan yang utama dalam membina akidah yang
mantap.
Di samping itu,
kebaikannya ialah ilmu juga dijadikan sebagai panduan dalam beramal yang benar.
Sebagai orang Islam,
amal ini merupakan tujuan hidup seseorang manusia untuk menyembah tuhannya,
tetapi ilmu diletakkan sebagai tunjang dahulu sebelum beramal. Apabila
melakukan amal tanpa ilmu, maka ianya akan jadi sia-sia. Oleh itu, ilmu sebagai
penyempurna amal seseorang.
Seterusnya, ilmu
mampu untuk menjana akhlak yang mulia. Hal ini kerana tahap ilmu yang hakiki
akan merasakan bahawa dirinya tidak mempunyai apa-apa. Perasaan ini akan
membuatkan seseorang itu akan merendah diri dengan ilmunya lalu akan menaikkan
nilai adabnya.
Saya bersetuju
dengan isi kandungan artikel ini kerana peranan ilmu terlalu banyak dapat
mempengaruhi sesuatu pihak. Kebanyakan ilmu sama ada ilmu dunia dan akhirat datang
daripada tamadun Islam. Hal ini dapat dilihat daripada Kerajaan Abbasiyah.
Mereka digelar zaman
keemasan Tamadun Islam kerana perkembangan ilmu pengetahuan sangat
memberangsangkan pada zaman itu. Ilmu-ilmu yang dijumpai oleh tokoh-tokoh
terkenal dapat memudahkan masyarakat pada zaman itu dan juga sekarang. Oleh
itu, pandangan yang diutarakan oleh penulis artikel ini sangat saya setuju.
Kesimpulannya, ilmu
merupakan perkara yang amat penting kerana dunia dan akhirat memerlukan ilmu
untuk berjaya. Mahasiswa pada zaman sekarang haruslah memperjuangkan ilmu dan
teknologi yang dihasilkan oleh tokoh terdahulu supaya ilmu itu tidak ditelan
zaman.
Kita hendaklah
menjaga warisan dari tokoh terdahulu dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan
ilmu mereka ditiru oleh orang barat yang mengakui bahawa ilmu dijumpai oleh
mereka. Kita juga mestilah bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan
Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan.
Oleh itu, peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan
kita menuju Allah swt.
No comments:
Post a Comment