oleh Wan Mohamad Tasnim Wan Ismail
Artikel yang saya ingin ulaskan adalah berkenaan tentang
kebaikan sukan kepada negara yang disunting dari sumber Bernama. Berdasarkan
artikel ini, penulis telah menyatakan bahawa sukan merupakan satu lapangan yang merangkumi
semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan.
Kini,
sukan boleh dijadikan sebagai hiasan di dada akhbar di samping mengharumkan
nama negara apabila seseorang atlet itu berjaya menjuarai sesuatu kejohanan.
Namun,
ada segelintir pihak yang kurang memberi perhatian terhadap sukan malahan
menganggap ia merupakan sesuatu yang tidak berfaedah kerana banyak menghabiskan
wang belanja.
Setelah
membaca serta meneliti artikel ini, saya bersetuju dengan tajuk artikel ini.
Hal ini dikatakan demikian kerana melalui aktiviti sukan, negara kita boleh
melahirkan para atlet yang menjadi tumpuan mata dunia.
Sebagai
contoh, kita dapat melihat kejayaan ratu skuash negara, Dato’ Nicol Ann David
yang terkenal dengan kejayaannya yang berjaya mempertahankan beberapa kejohanan
yang berprestij di samping mempertahankan kedudukannya sebagai pemain nombor
satu dunia dalam jangka masa yang panjang.
Di
samping itu, kita juga boleh mencontohi usaha serta ketabahan para atlet yang
sanggup mengharungi pelbagai ujian untuk mengecapi cita-cita mereka. Misalnya,
pengorbanan permata dunia berbasikal iaitu Azizulhasni Awang yang sanggup
mengorbankan masanya dengan ahli keluarga serta pengajiannya untuk menjalani
latihan insentif di Melbourne, Australia sehingga berjaya membawa pulang pingat
gangsa dalam sukan yang begitu berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik di
London.
Lebih
manis, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau juga telah menjadikannya sebagai
juara dalam acara berbasikal keirin dunia yang diadakan pada baru-baru ini.
Selain
itu, peningkatan ekonomi negara juga semakin bagus telah menyebabkan saya
bersetuju dengan artikel ini. Hal ini ini kerana pengaliran wang dari
seluruh negara- ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya
memberi kelebihan kepada kita. Contohnya, negara mampu mengaut keuntungan yang
lumayan melalui penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Konklusinya,
sukan bukan sahaja boleh dijadikan sebagai medan untuk berperang dalam
mempamerkan skil-skil permainan dan kebolehan individual dalam acara
masing-masing tetapi ia juga boleh menjadi platform untuk menghasilkan pelbagai
faedah serta manfaatnya.
Oleh
sebab itu, wajarlah semua masyarakat di Malaysia mengambil berat terhadap
pembagunan sukan dan perkembangannya agar negara dapat melahirkan atlet yang
lebih berkualiti serta menjadi tumpuan di dunia . Oleh itu, sahutlah cabaran
dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke
tahap yang paling optimum.
No comments:
Post a Comment