Pengulas:
Shafina Ifia Yusof
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Jay Fresley John di sini, salah
satu kebaikan sukan paralimpik di Malaysia ialah mmberi peluang kepada orang
kurang upaya (OKU) untuk menonjolkan bakat dalam sukan.
Hal ini kerana, kebanyakan OKU tidak diberi peluang
untuk mempersembahkan bakat mereka kerana orang ramai menganggap mereka adalah
golongan yang tidak mampu menguruskan diri dan tidak mempunyai bakat.
Namun, kekurangan jurulatih bertauliah untuk atlet
paralimpik juga merupakan satu cabaran bagi mereka kerana tidak mendapat
latihan yang cukup dan teratur sebelum menyertai sesuatu kejohanan sukan. Jadi,
adalah cabaran bagi para atlet paralimpik untuk berlatih dengan cukup walaupun
kekurangan jurulatih.
Setelah
menelaah kemaslahatan dan implikasi sukan paralimpik di Malaysia ini, saya
bersetuju supaya sukan paralimpik terus diadakan kerana kepentingannya lebih
baik daripada keburukan.
Salah satu kebaikannya ialah dapat memupuk semangat
kewarganegaraan kerana atletnya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Selain itu, keyakinan diri dalam kalangan atlet OKU
dapat ditingkatkan kerana mereeka akan merasakan diri mereka bermakna dan
istimewa. Seterusnya, pendidikan secara percuma kepada OKU yang terlibat dalam
sukan juga diberikan sebagai tanda penghargaan.
Kesimpulanya,
atlet paralimpik juga mampu mencapai kejayaan dalam sukan walaupun tidak
sempurna fizikal malah lebih berjaya daripada atlet-atlet normal yang lain. Hal
ini membuktikan bahawa atlet paralimpik juga mampu mengangkat dan mengaharumkan
nama negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.
Oleh itu, kerajaan wajar memberikan peruntukan kewangan
untuk membangunkan lagi industri sukan bagi golongan OKU.
Selain itu, Majlis Paralimpik Malaysia juga harus
meningkatkan usaha untuk menarik minat golongan OKU melibatkan diri dalam sukan
serta membuka ruang dan peluang yang luas untuk golongan ini mengasah bakat
mereka dalam bidang sukan.
Sementara itu, atlet paralimpik juga harus mempunyai
semangat dan keyakinan diri yang tinggi untuk menangkis pandangan negatif
masyarakat terhadap mereka. Akhir sekali, banyak lagi usaha yang boleh
dilakukan untuk membangunkan sukan golongan OKU di negara ini. Usaha-usaha yang
telah dilakukan sebelum ini hendaklah diteruskan untuk kesinambungan usaha yang
bakal dilakukan.
Masyarakat juga harus sedar dan peka terhadap kemampuan
dan bakat yang dimiliki oleh golongan OKU serta tidak memandang rendah kebolehan
mereka sebaliknya memberikan sokongan, galakan dan bantuan untuk membaiki kehidupan
mereka.
No comments:
Post a Comment