oleh Wan Asyraf
Syazal Bin Wan Azmi Shamri
Fenomena kahwin awal
bukanlah sesuatu yang janggal di negara kita. Itulah yang diperkatakan dalam
artikel yang saya kaji.
Ia berlaku sejak
zaman nenek moyang kita lagi. Mereka berkahwin pada usia muda, iaitu pada umur
bawah 18 tahun. Pada zaman pasca moden ini juga masih terdapat golongan yang
berkahwin awal.
Ada yang berkahwin
selepas habis zaman sekolah. Pasangan yang berkahwin pada usia dari linkungan
20-25 tahun juga boleh dikategorikan sebagai kahwin awal. Manfaat berkahwin
pada usia awal ini ialah dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi, anak luar
nikah dan banyak lagi.
Namun, kahwin awal
ini juga dapat mendatangkan keburukan iaitu pasangan menjadi bosan antara satu
sama lain.
Pada pendapat saya,
kahwin awal ini banyak mendatangkan kebaikan kepada pasangan tersebut kerana
mereka dapat mengelak daripada melakukan seks bebas.
Bagi golongan remaja
yang sudah melepasi 18 tahun, kebiasaannya nafsu mereka mudah terangsang dan
membuak-buak. Apabila berlaku pergaulan lelaki dan perempuan, perasaan sayang
dan nafsu akan mula timbul.
Selain itu, mereka
akan berubah menjadi lebih bertanggungjawab. Jika ketika bujang dahulu, segala
usaha dan hidup terarah kepada kita sahaja.
Bagi keluarga yang
berada, mungkin semuanya telah disediakan. Apabila sudah berkahwin, kita akan
berkongsi hidup dengan pasangan kita dan banyak cabaran seperti untuk memberi
nafkah kepada isteri dan menyara keluarga.
Apabila berlaku
situasi ini, lita dan pasangan akan menjadi lebih bertanggungjawab dan berusaha
keras untuk memberi yang terbaik kepada yang tersayang.
Akhir sekali, prestasi cemerlang selepas berkahwin dan mendapat
semangat baru untuk belajar. Tidak dapat dinafikan sudah ramai yang berkahwin
semasa belajar dan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran
dan peperiksaan.
Dengan berkahwin,
menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas.
Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan
mereka lebih bersemangat.
Kesimpulannya,
masyarakat perlu sedar bahawa kahwin awal ini banyak mendatangkan kebaikan
daripada keburukan. Banyak perkara buruk dapat dielakkan apabila seseorang itu
kahwin awal.
Ibu bapa juga perlu
memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam
gejala sosial. Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa perlu fikir dengan
sebaiknya demi masa depan anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment