Pengulas: Muhammad Aiman Hakim Khaizuran
Pada
pandangan saya, artikel sangat menarik kerana kita dapat menyentuh mengenai
salasilah bagaimana institusi politik dan sistem pemerintahan Islam dibentuk.
Sebelum itu, saya akan terangkan bagaimana asas
pemerintahan Islam dibentuk.
Sistem ini dibentuk melalui Institusi khilafah. Ia
membawa maksud pemerintahan dan pentadbiran yang menggantikan Rasulullah saw
dalam melaksanakan tanggungjawab agama, menyeru kepada kebaikan dan
melaksanakan syariah yang diperintahkan oleh Allah swt. Orang yang menduduki
institusi ini dipanggil khalifah yang bermaksud pengganti.
Saya
setuju dengan artikel ini kerana dengan adanya sistem sebegini, keadaan politik
negara dan pemerintahan sesebuah negara akan terjamin dan kekal harmoni. Malah,
unsur tersebut berdasarkan al-quran dan sunnah yang mengajar kita bagaimana
untuk hidup di atas muka bumi.
Ia juga turut meletakkan agama sebagai tunjang bagi
semua perkara sebelum meneruskan sesuatu perkara. Contoh, kita dapat lihat, kerajaan
Islam suatu ketika dahulu pernah mempengaruhi dunia.
Cadangan
saya untuk mengekalkan sistem pemerintahan ini dengan meningkatkan ketinggian
nilai rohani dan akhlak mulia dalam diri pemimpin negara.
Keunggulan kerohanian nilai rohani dan akhlak dapat
mengembalikan kehormatan umat Islam. Malah, dapat mengembalikan semangat
memajukan disiplin ilmu dan mendominasi tamadun dunia.
Seterusnya, pemimpin perlu meletakkan agama sebagai
asas kenegaraan. Antaranya dengan mewujudkan kesatuan ummah, menghapuskan
permusuhan dan menghidupkan semangat kerukunan dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment