Monday, November 30, 2015

Why "A" students work for "C" students








Penulis: Robert T. Kiyosaki
Tahun: 2014 (Edisi Bahasa Melayu)
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor, Malaysia.
Muka Surat: 482

Berapa ramaikah daripada kita yang sudah bergelar ibu bapa yang tahu tentang kepentingan pendidikan kewangan? Ataupun kita tahu, tetapi menafikan kepentingan itu dan meneruskan hidup seperti biasa. Kita fikir anak-anak tidak perlu tahu apa-apa tentang wang, apatah lagi cara menguruskan wang. Namun, dalam masa yang sama kita harap anak-anak kita tidak jadi orang miskin apabila dewasa kelak. Benarkah gred A di sekolah dan universiti adalah segala-galanya? Adakah mendapat gred C bermakna gelap masa hadapan? Selesakah kita hidup dalam zon selesa untuk selamanya?

Buku ini ditulis secara terus-terang oleh Robert dengan tip yang menarik dan berkesan.

Di kulit belakang buku ini, Robert berkata: buku ini ditulis khas untuk para ibu bapa yang mahu memperkukuhkan minda anak-anak dengan ilmu yang tidak diajar di sekolah iaitu ilmu kewangan.

No comments:

Post a Comment