Pengalaman saya
memberi kursus dan ceramah kepada pelbagai latar belakang orang, saya dapati
tiga faktor yang sama menyebabkan wujudnya dinding antara kemahuan dan
kejayaan.
Pertama, berasa was-was atau curiga, kedua, takut gagal dan memilih
untuk berada dalam zon selesa, ketiga, tidak pasti sama ada boleh dapat ataupun
tidak.
Kepercayaan dan sikap membentuk tingkah laku atau perbuatan.
Ramai orang
yang tahu bagaimana hendak reset tabiat-tabiat lama yang mengganggu motivasi
dalam diri, tetapi tidak tidak ramai yang tahu apakah yang menyebabkan
tabiat-tabiat lama ini.
Jika kita dapat melunturkan ketiga-tiga faktor
penghalang tadi, tabiat yang tidak produktif dapat diubah dan kita boleh
melihat kejayaan di hadapan mata.
No comments:
Post a Comment