Wednesday, November 25, 2015

Strategi berjaya








Mendapat kejayaan sekelip mata tidak berlaku dengan mudah. Orang yang menulis novel hebat dan menjadi “blockbuster” menulis dengan penuh minat dan komitmen bertahun-tahun sebelum itu. 

Usahawan yang mencapai jualan satu juta ringgit telah melalui pelbagai ragam dan cabaran dunia perniagaan. 

Di sebalik setiap cerita-cerita kejayaan ini, ia bersama dengan masa yang panjang dalam bekerja keras, memberi fokus dan dedikasi. 

Seorang hufaz atau hafiz al-quran melalui proses yang sama. Sama ada hafiz ini berumur lima tahun atau 35 tahun, proses menghafal adalah sama iaitu menguatkan ingatan, kurang tidur, jaga pemakanan dan setiap masa adalah menghafal. Proses ini mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun. 

Kejayaan menjadi hufaz adalah kerana kerja kuat, fokus dan dedikasi.

No comments:

Post a Comment