Monday, November 16, 2015

Melayu dan nusantara, kejayaan lampau, kini dan esok






Penulis: Zahari Awang
Tahun: 2014
Penerbit: Mohd Zahari Wang, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 388

Buku ini megemukakan hipotesis bersepadu tentang bangsa Melayu. Bermula dengan asal usul mereka, penubuhan organisasi kaum, kerajaan dan empayar mereka, agama anutan mereka, pembangunan ekonomi dan sosial dan sebagainya, bangsa Melayu diperluaskan kepada rumpun Melayu yang kini perlu dijenamakan semula kepada bangsa Nusantara.

Buku ini juga menganjurkan agar bangsa Melayu dan Nusantara menumpukan perhatian utama ke arah peningkatan taraf hidup untuk menjadi masyarakat perindustrian tinggi yang boleh mengangkat tanah air mereka kepada negara maju di Asean. 

Bangsa Melayu dan nusantara adalah "common denominator" kepada rantau Asean dan dunia Islam. Peranan mereka patut meliputi kedua-dua pertubuhan ini yang mana Asean adalah langkah masa kini dan dunia Islam (OIC) adalah langkah masa hadapan yang lebih jauh.

Kemakumran nusantara memerlukan kerjasama erat antara Melayu, Cina dan India tempatan untuk memajukan ekonomi negara. Singapura, Kuaa Lumpur dan Selangor sudah pun sampai ke tahap wilayah maju, perindustrian tinggi manakala Brunei telah sampai ke tahap negara berpendapatan tinggi tanpa prasarana dan teknologi. Kesemua entiti ini menjadi pemangkin bagi kemajuan bangsa dan enjin pertumbuhan dunia serantau.

Di samping hipotesis dan fakta-fakta di atas, buku ini memuatkan sejarah kelahiran dan pemindahan sifat-sifat bangsa dan negara maju. Bermula dengan England, negeri perindustrian tinggi dan maju telah berjangkit ke seluruh Britain, Eropah Barat dan Tengah, Amerika Utara dan Asia Timur. Terkini, taraf negara maju telah dicapai oleh Estonia, Slovenia, Israel dan Chile. Malaysia juga mahu menuju ke arah pencapaian status yang sama.

Buku in membuat penilaian semula tentang pencapaian taraf bangsa dan negara maju yang diusahakan olej bangsa Melayu dan nusantara. Kesemua itu dikupas dan disyorkan untuk tindakan seterusnya.


No comments:

Post a Comment