Tidak kira apa yang
kita cuba usahakan, kita boleh melakukannya dengan lebih baik apabila berkongsi
idea. Luangkan masa dengan orang lain, bercakap, bertanya soalan dan meminta
pandangan mereka.
Banyak jenis orang yang boleh berkongsi idea seperti orang
yang lebih gemar kerja berpasukan, orang yang mahu melihat kejayaan idea yang
telah difikirkan bersama-sama ataupun orang yang menghargai kelebihan orang
lain dalam perkara-perkara yang mereka sendiri ada kelemahan.
Berkongsi idea
biasanya lebih berjaya apabila dianggotai oleh mereka yang pandai berfikir,
menghargai pendangan, memiliki pengalaman, emosi yang stabil dan boleh memupuk
hasil pemikiran terbaik daripada anggota pasukan yang lain.
Siapa yang kita
bawa ke meja rundingan akan membezakan antara idea yang hebat dengan idea yang
biasa-biasa.
No comments:
Post a Comment